awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apakah itu buah mentega?

Astro Awani
Astro Awani
26/11/2015
08:30 MYT
Apakah itu buah mentega?
Buah mentega atau nama saintifiknya, diospyros blancoi merupakan buah yang tergolong dalam buah yang jarang ditemui. - Gambar Fail
Buah mentega? Mesti ramai yang bertanyakan soalan ini kerana tidak tahu tentang buah yang juga dikenali sebagai buah bisbul, atau buah seralat bagi masyarakat di utara Semenanjung Malaysia.
Buah mentega atau nama saintifiknya, diospyros blancoi merupakan buah yang tergolong dalam buah yang jarang ditemui atau dipanggil jenis buah-buahan nadir.
Antara buah-buahan nadir yang terdapat di Malaysia selain buah mentega ialah asam, bacang, bambangan, cerapu dan beberapa variasi durian.
Sama seperti buah-buahan nadir lain yang kaya dengan khasiat, buah mentega mempunyai beberapa nutrien seperti protein, lemak, karbohidrat, serat, kalsium, fosfor, zat besi, vitamin A, vitamin C, tiamin dan riboflavin.
Buah mentega
Buah mentega
Ini beberapa perkara yang anda perlu tahu mengenai buah mentega:
1. Rasa buah mentega manis dan sedikit berlemak. Ia boleh dihiris dan dicampur dengan buah-buahan lain dan dijadikan rojak buah.
2. Ia juga berperanan menjaga mata. Ia mengelakkan mata anda daripada rabun dan penyakit katarak.
3. Buah mentega baik untuk sistem pencernaan kerana kandungan serat yang terkandung di dalamnya. Ia baik untuk mengelak atau menyembuhkan sembelit.
4. Bagi yang mengalami kekurangan darah atau anemia, buah mentega sesuai untuk dimakan. Kandungan zat besi yang terkandung pada buah ini memainkan peranan penting untuk membantu mencegah anemia pada tubuh anda. Ia juga melancar perjalanan darah.
5. Buah ini juga bermanfaat dari segi penjagaan tulang kerana membantu mencegah daripada berlakunya osteoporosis dan menguatkan struktur tulang.
6. Jika anda ingin mengamalkan kecantikan kulit secara semula jadi, buah mentega ini sesuai untuk tujuan itu kerana ia mengandungi berbagai vitamin yang membantu menghalus dan mencerahkan kulit selain membantu melambatkan penuaan pada kulit.
7. Manfaat protein yang terdapat pada buah ini baik untuk pertumbuhan sel-sel di dalam badan.
8. Dalam bahasa Inggeris, ia dikenali dengan nama velvet apple kerana tekstur kulitnya yang seperti baldu.
Topic Berkaitan
#buah mentega
#FAQs
#riboflavin
#tiamin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan