MINGGU lalu, seorang remaja wanita dari Iran yang obses ingin memiliki wajah seperti idolanya, Angelina Jolie menggemparkan dunia apabila beliau didakwa menjalani pembedahan plastik untuk kelihatan persis pelakon Hollywood tersebut.

Sahar Tabar, 19 tahun, sebelum ini dilaporkan menjalani lebih 50 pembedahan di bahagian wajahnya, menerima kritikan hebat netizen seluruh dunia sehingga ada yang menggelarnya 'hantu'.

BACA: Berangan nak wajah persis Angelina Jolie ... ini jadinya!

Namun, akhirnya Sahar tampil memberi penjelasan bahawa kesemua gambar yang tular itu adalah tidak benar dan dia melakukannya hanya untuk hiburan semata-mata.

Menurut portal Mirror.uk, Sahar dipetik berkata, imej-imej yang dimuat naik di Instagram miliknya itu sebenarnya telah disunting menggunakan kaedah 'photoshop'. Hmm ...

Sahar mengakui dengan menghasilkan gambar sebegitu memberi kepuasan kepadanya dan baginya ia sebagai satu cara mengekspresikan seni.