awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Megat D Shahriman tawar diri rebut jawatan Presiden FAM
Tahun Baharu China: PLUS aktifkan 32 lokasi Smart Lane
Lelaki didakwa edar methamphetamine
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bas 'dua alam' tarikan pelancongan terbaharu di Terengganu

Astro Awani
Astro Awani
21/02/2018
21:18 MYT
Bas 'dua alam' tarikan pelancongan terbaharu di Terengganu
Bas Amfibia yang dipandu uji menyusuri Sungai Terengganu bagi memastikan kenderaan itu selamat sebelum digunakan oleh orang ramai. - Foto Bernama
Bas dua alam atau bas Amfibia yang dibeli kerajaan negeri Terengganu bagi merancakkan industri pelancongan selesai dipandu uji.
Pengurus Besar Amphicoach (Malta), Stephen Morrison Smith berkata, pihaknya turut memulakan latihan pemanduan dan penyelenggaraan bagi memastikan kelancaran operasi bas berkenaan kelak.
Bas dua alam yang berkualiti tinggi itu dilengkapi pelbagai spesifikasi canggih termasuk mampu berfungsi di darat mahupun air.
“Bas ini mempunyai keupayaan 300 kuasa kuda dan mampu berfungsi sama ada di darat dan air. Ini merupakan yang pertama di Malaysia,” kata Morrison.
Sementara itu, rata-rata penduduk tempatan turut teruja dengan pengenalan bas tersebut yang mana disifatkan sebagai sesuatu yang sangat unik.
Bas berkenaan tiba di Terengganu pada 18 Februari lalu dan telah melalui proses pengujian di darat dan air bagi mendapatkan kelulusan pihak berkuasa tempatan sebelum beroperasi sepenuhnya.
Bas amfibia itu akan dipamerkan pada ekspo terengganu 2018 pada 25 Februari hingga 3 Mac dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan pelbagai agensi lain.
Keupayaan luar biasa itu bas berkenaan juga dijangka mampu melancarkan operasi khusus ketika berdepan bencana banjir.
Topic Berkaitan
#air
#banjir
#bas
#bas amfibia
#bomba
#JPJ
#kerajaan
#Malaysia
#operasi
#PDRM
#pelancongan
#polis
#Polis Diraja Malaysia
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan