Tingkah laku pengguna yang memanfaatkan sepenuhnya platform e-dagang semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19, telah mendorong perniagaan dari seluruh industri untuk memacu kehadiran digital mereka.
Shopee Malaysia meninjau tabiat membeli belah baharu itu berikutan e-dagang dilihat menjadi lebih penting dalam kehidupan seharian pengguna apabila mereka meluangkan masa melebihi 20 peratus di platform itu pada setiap minggu, mencerminkan peningkatan pergantungan terhadap e-dagang.
"Peniaga-peniaga mendapat manfaat daripada peningkatan permintaan ini dengan mereka yang menjual makanan segera dan peralatan membakar masing-masing mencatatkan pesanan 60 kali lebih banyak berbanding tempoh sama tahun lepas," kata platform e-dagang itu dalam kenyataan hari ini.
Pengarah Urusan Serantau Shopee Ian Ho berkata gaya hidup, cara bekerja dan berbelanja dalam talian dalam kalangan masyarakat telah berubah pada tahun ini.
"Oleh itu, jenama dan penjual di seluruh rantau ini telah meningkatkan usaha digitalisasi mereka, terutamanya pada masa ini kerana e-dagang telah memainkan peranan lebih besar dalam kehidupan masyarakat apabila semakin ramai pengguna menggunakan perkhidmatan dalam talian untuk mendapatkan barangan keperluan harian.
"Ini telah menghasilkan perubahan dalam cara para peniaga melihat dan mendekati e-dagang sebagai satu saluran jualan," kata beliau.
Jelas Ho, situasi semasa turut mendorong perniagaan untuk meneroka strategi baharu untuk berinteraksi dengan pengguna dan memudahkan proses urus niaga.
Ini tidak hanya mendorong penerapan e-dagang yang kukuh dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan, malah, mewujudkan segmen pasaran baharu untuk industri e-dagang.
Sebagai contoh, hampir tiada sesiapa yang menjual atau membeli hasil segar seperti ikan, ayam, daging lembu dan durian di platform e-dagang pada tahun lepas.
"Namun, pada April sahaja, kira-kira 1,000 penjual hasil segar dan beku, termasuk petani dan nelayan, mula menjual di Shopee. Shopee mendapati banyak penjual yang menawarkan lebih 20 jenis produk di kedai mereka dapat menjana jualan bulanan sehingga RM100,000," kata beliau.
Sementara itu pembatalan bazar Ramadan telah menjejaskan pendapatan ribuan peniaga mikro yang bergantung kepada bazar seumpama itu untuk mencari rezeki.
Bagi membantu mereka mengekalkan pendapatan dan kehidupan, kerajaan negeri seperti Selangor dan Perak menugaskan Shopee mengajak penjual-penjual ini untuk berniaga dalam talian dengan memasarkan produk seperti biskut raya dan makanan ringan, baju raya dan barangan hiasan rumah melalui laman mikro khusus.
Inisiatif ini membabitkan Selangor E-Bazar Raya dan Raya bersama PKNS selain S.M.A.R.T Niaga@Perak.
Selain itu, Pakej Bantuan Peniaga Shopee yang bernilai RM15 juta telah memanfaatkan komuniti perniagaan menerusi sokongan dari segi pembiayaan, subsidi, pendidikan dan pemasaran untuk meningkatkan jualan, mengurangkan kos operasi dan memudahkan pembangunan mampan.
Ho berkata pakej itu mendapat penyertaan lebih 70,000 perniagaan tempatan merangkumi perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta syarikat-syarikat besar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 14 2020
Gaya hidup, cara bekerja dan berbelanja dalam talian dalam kalangan masyarakat telah berubah pada tahun ini. -Gambar hiasan
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
MATRADE sasar perkenal MIHAS ke pasaran sedang pesat membangun
MATRADE sedang merangka pelan pengembangan peluang perniagaannya untuk memperkenalkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke pasaran sedang pesat membangun.
Hilang tumpuan pandangan, penyakit mata menyerang golongan muda
Trend gejala degenerasi makula dikatakan semakin menjadi-jadi dalam kalangan dewasa di bawah usia 50-an.
Kenaikan cukai perkhidmatan tidak libat keperluan asas, gaya hidup rakyat
Kadar cukai untuk perkhidmatan makanan dan minuman, telekomunikasi, parkir kenderaan dan perkhidmatan logistik masih kekal pada kadar enam peratus.
Risiko tersembunyi senaman: Adakah benar-benar cergas atau undang bahaya?
Di sebalik prestasi fizikal terbaik terdapat risiko tersembunyi iaitu potensi jantung terhenti tiba-tiba (SCA) dan kematian mengejut (SCD) berlaku.
Jangka hayat penduduk Korea Selatan turun kepada 82.7 tahun
Purata jangka hayat bayi yang dilahirkan di Korea Selatan tahun lalu turun sekitar satu tahun menjadi 82.7 tahun, menurut data yang dikeluarkan pada Jumaat.
Elak dedah kanak-kanak guna gajet sebelum usia dua tahun - Pakar
Selain genetik, rabun juga boleh berlaku disebabkan faktor persekitaran seperti pembangunan masyarakat luar bandar dan gaya hidup moden.
Lima aroma paling ditakuti lipas di rumah!
Kehadiran lipas di dalam rumah ternyata amat mengganggu isi rumah. Tetapi jangan khuatir kerana anda boleh mengusir lipas dengan menyebarkan aroma tertentu.
Kecemerlangan prestasi dan gabungan keselesaan 'all-in-one' PICO 4
PICO 4 turut dilengkapi PICO OS 5.0 yang membolehkan anda bermain permainan video dalam dunia VR dan bersama kenalan anda.
Johor rangka pelan cegah ancaman LGBT
Kerajaan Johor akan merangka pelan bagi mencegah ancaman gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negeri ini.
Yang luar biasa: Jepun, Tsutaya Books dan Shinzo Abe
Kemajuan Jepun, sejarah dan ketinggian budaya, peradaban ilmu melalui gedung buku Tsutaya Books dan pembunuhan Shinzo Abe di tangan rakyat sendiri, menjadikan Jepun dibualkan sehingga kini.