Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita palsu yang pernah buat ramai tertipu...

Berita palsu yang pernah buat ramai tertipu...
Meskipun sesetengah cerita bertujuan memberikan pengajaran namun yang palsu tetaplah palsu. Bak kata orang, niat tidak menghalalkan cara.
KUALA LUMPUR: Boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja berita palsu disebarkan di Malaysia. Tak tahu dari mana datangnya, tahu-tahu timbul saja!

Tak kiralah apa topik, COVID-19, politik, kesihatan, jenayah, semuanya tersebar umpama daun kering yang bertebangan ditiup angin, hinggap dari satu tempat ke tempat lain.

Lazimnya, berita palsu mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat. Kalau tidak banyak, sedikit cemas, panik pasti ada.

Begitulah ‘hebatnya’ penangan berita palsu yang entah dari mana datangnya tapi berbondong-bondong pula yang berkongsikannya.
Namun sedarkah anda, berita palsu sebenarnya bukanlah isu baru. Pernahkah anda terbaca kisah anak yang disumpah menjadi ‘anjing berbadan manusia’ kerana derhaka pada ibunya?

Bagaimana pula dengan kisah anak disumpah menjadi ikan? Tentu saja anda pernah terbaca dan mempercayainya bukan? Ya, itu semua palsu. Berikut antara berita palsu yang pernah membuat ramai tertipu:
1. Anak derhaka disumpah menjadi anjing

Cerita ini berlegar dalam kalangan masyarakat, khususnya pelajar dalam tahun 2000 ke atas. Tersebar gambar ‘anjing berbadan manusia’, kononnya seorang anak menjadi mangsa sumpahan ibunya.

Menurut cerita berkenaan, anak itu bukan sahaja biadab malah menendang ibunya yang sedang membaca Al-Quran lalu disumpah menjadi anjing.
Menurut cerita berkenaan, anak itu bukan sahaja biadab malah menendang ibunya yang sedang membaca Al-Quran lalu disumpah menjadi anjing.

Cerita itu tersebar begitu meluas, memberi pengajaran kepada anak-anak supaya menghormati ibu bapa mereka namun yang sebenarnya, gambar itu bukanlah anak yang disumpah sebaliknya hanyalah arca dihasilkan Patricia Piccinini.

Artis berusia 55 tahun dari Australia itu gemar menghasilkan arca berbentuk pelik sebegitu dan tidak menyangka salah satu arcanya menjadi begitu popular kerana cerita palsu sebegitu.

Patricia kini telah menghasilkan lebih daripada 40 arca dan antara yang popular adalah The Young Family. Setiap hasil tangannya dijual dengan harga yang agak tinggi.


2. Lagi anak derhaka disumpah, kali ini menjadi ikan

Satu lagi kisah yang hampir serupa, kisah seorang anak yang derhaka kepada ibunya dan kali ini disumpah menjadi ikan.

Pasti anda pernah melihat video tersebut yang menunjukkan beberapa bahagian ikan tersebut yang secara kebetulan agak hampir dengan tubuh manusia.

Dari video tersebut yang lazimnya dilatari bacaan ayat Al-Quran, jelas kelihatan bentuk mata, mulut dan seakan-akan tulang rusuk pada ikan berkenaan.
Dari video tersebut yang lazimnya dilatari bacaan ayat Al-Quran, jelas kelihatan bentuk mata, mulut dan seakan-akan tulang rusuk pada ikan berkenaan.

Faktanya? Ia bukanlah anak yang disumpah menjadi ikan sebaliknya ‘guitar fish’, sejenis ikan dalam keluarga ikan pari, Rhinobatidae.

Ikan itu terkenal dengan badan yang memanjang dengan kepala dan batang yang rata dan sirip seperti ikan pari kecil.  Rangkaian gabungan pelbagai spesies ikan itu boleh ditemui di perairan tropika, subtropika dan beriklim hangat di seluruh dunia.


3. Lahirnya dajal, bayi bermata satu

Kisah ini juga dengan pantas tersebar dalam kalangan masyarakat. Ada yang panik, menyangkakan dajal benar-benar sudah lahir dan itu petanda dunia sydah semakin menghampiri kiamat.

Gambar bayi bermata satu disebarkan secara meluas dan dengan capaian internet tidaklah begitu luas pada waktu itu, ramai tertipu dan mempercayainya bulat-bulat.

Sebenarnya itu bukanlah dajal tetapi satu fenomena yang jarang berlaku melibatkan bayi baru lahir digelar ‘cyclopia’.
Sebenarnya itu bukanlah dajal tetapi satu fenomena yang jarang berlaku melibatkan bayi baru lahir digelar ‘cyclopia’.

Cyclopia adalah kecacatan semasa lahir yang jarang berlaku apabila bahagian depan otak tidak membelah belahan kanan dan kiri. Gejala paling jelas adalah mata tunggal atau mata yang terbahagi separa.

Bayi dengan masalah ini biasanya tidak mempunyai hidung, tetapi proboscis (pertumbuhan seperti hidung) kadang-kadang berkembang di atas mata semasa bayi dalam kandungan.

Ada berpendapat ia disebabkan virus rubella, kesan merkuri atau ubat-ubatan. Kelangsungan hidup selepas kelahiran buat bayi ‘cyclopia’ biasanya hanya beberapa jam.


4. Kepala manusia, badan haiwan

Pelbagai versi disebarkan dalam kisah ini namun tidak lari daripada sumpahan kepada anak kerana derhaka kepada ibunya. Dalam cerita ini, kisahnya tetap sama.

Tak kurang juga ada mendakwa ia adalah hantu penanggal. Ternyata video tersebut menghadirkan gerun kepada yang menontonnya kerana kepala ‘haiwan’ itu bergerak-gerak ketika dirakam.

Fakta sebenarnya, ia hanyalah gimik lakonan dilakukan penghibur di Pakistan yang kini diteruskan legasinya menerusi Mumtaz Begum, penghibur yang menonjolkan gimik manusia berbadan haiwan.
Fakta sebenarnya, ia hanyalah gimik lakonan dilakukan penghibur di Pakistan yang kini diteruskan legasinya menerusi Mumtaz Begum, penghibur yang menonjolkan gimik manusia berbadan haiwan.

Adakah video yang tular sebelum ini adalah video Mumtaz? Tidak, ia adalah video bapanya dan Mumtaz hanya menyambungnya. Meskipun hanya menyambung apa yang ditinggalkan bapanya, tarikan kepada persembahan itu masih ada.

Ramai penduduk mengambil peluang menyaksikan depan mata kesan ‘sumpahan anak derhaka’ itu dan ternyata, sehingga kini masih ramai lagi yang terpedaya.


5. Pokemon bermaksud “Aku sayang Yahudi”

Pokemon merupakan siri kartun popular yang mula ditayangkan di Jepun pada tahun 1997. Antara watak paling popular dalam kartun itu adalah Pikachu, haiwan comel berwarna kuning yang mampu mengeluarkan arus elektrik.
Meskipun hanyalah siri kartun dan permainan video, namun ia tidak terlepas daripada serangan berita palsu.

Meskipun hanyalah siri kartun dan permainan video, namun ia tidak terlepas daripada serangan berita palsu. Tersebar kisah mendakwa maksud ‘Pokemon’ jika diterjemahkan dari bahasa Hebrew adalah “Aku sayang/suka Yahudi”.

Nintendo yang mengeluarkan permainan video Pokemon menafikan khabar angin itu dan menjelaskan nama itu adalah singkatan kepada ‘Pocket’ dan ‘Monster’.

Ini kerana haiwan Pokemon boleh ditangkap menggunakan ‘Poke Ball’ yang boleh dimasukkan dalam poket. Begitu juga dakwaan tidak benar mengatakan maksud ‘Pikachu’ adalah “Jadilah Yahudi”.

Meskipun hanyalah siri kartun dan permainan video, namun ia tidak terlepas daripada serangan berita palsu.

Ternyata orang begitu mudah mempercayai berita-berita sebegitu lebih-lebih lagi yang sensasi dan mampu mendatangkan kebimbangan. Lebih panas berita tersebut, lebih laju ia disebarkan.

Meskipun sesetengah cerita bertujuan memberikan pengajaran namun yang palsu tetaplah palsu. Bak kata orang, niat tidak menghalalkan cara.


** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!

 



Tag: video, Australia, Pakistan, jenayah, politik, pelajar, Jepun, mangsa, bayi, kesihatan, serangan, anak, keluarga, Malaysia, koronavirus, palsu, berita palsu, disumpah, anak disumpah



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.