LIFESTYLE
Berpeplum, kebaya dan potongan unik, apa trend baju raya 2019?

Gaya seperti peplum, kebaya dan potongan unik di bahagian lengan antara trend yang popular sebelum ini. Bagaimana dengan tahun ini? - Foto Zalora
AIDILFITRI sudah pasti hari yang paling ditunggu-tunggu setiap tahun dan pastinya setiap tahun siluet baju raya akan berubah mengikut gaya terkini fesyen semasa.
Jika tahun-tahun sebelumnya, gaya seperti peplum, kebaya potongan klasik sehinggalah ke potongan unik di bahagian lengan antara trend yang popular.
Bagaimana dengan tahun ini?
Bagi yang tidak mahu ketinggalan, ini analisis gaya terkini baju raya bagi tahun 2019 berdasarkan koleksi raya terbaru pereka fesyen tempatan.
Potongan unik di leher
Menarik tahun ini, kepelbagaian potongan dan gaya pada bahagian leher baju kurung bakal menjadi trend paling popular.
Potongan leher tinggi, lace, potongan bentuk hati, serta ikatan riben di leher antara gaya segar yang ditampilkan kebanyakan pereka tahun ini.
Trend sebegini sangat popular untuk blaus dan gaun, ia disesuaikan dengan potongan kurung yang pasti dengan sentuhan lebih terkini.

Potongan unik di leher - Foto Zalora
Corak bunga Inggeris
Seterusnya tahun ini juga dilihat ramai pereka fesyen membawakan siluet moden bermotifkan corak bunga-bunga inggeris.
Corak bunga-bunga inggeris memberikan mood vintaj fashion zaman 40an dan dijangka paling dipakai ramai tahun ini.

Corak bunga Inggeris - Foto Zalora
Potongan bahu tinggi
Menarik tahun ini adalah trend potongan bahu tinggi yang pernah popular sekitar tahun 80an dan 90an kembali lagi.
Sama ada rekaan bahu kembang atau tajam, kedua-dua rekaan ini tampak segar untuk aidilfitri tahun ini.

Potongan bahu tinggi - Foto Zalora
Bertali pinggang atau riben
Trend segar yang bakal mendapat tempat di kalangan ramai adalah baju kurung bertali pinggang.
Sama ada ia direka dengan kepala tali pinggang atau riben unik yang diikat dipinggang. Rekaan sebegini sudah pasti membuatkan si pemakai nampak lebih langsing.

Bertali pinggang atau riben - Foto Zalora
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami