awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beruk dibaling mercun: 'Di mana nilai kemanusiaan?'

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
22/08/2015
02:42 MYT
Beruk dibaling mercun: 'Di mana nilai kemanusiaan?'
Ramai yang meminta agar mereka yang bertanggungjawab di bawa ke muka pengadilan. - Foto Facebook Shah Mikail
Sekeping gambar seekor beruk dengan tangannya berdarah mendapat perhatian warga media sosial.
Gambar itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Shah Mikail. Namun, tidak dapat dipastikan di mana dan bila gambar tersebut diambil.
Facebook Shah Mikail
Facebook Shah Mikail
Status dan gambar ini undang kemarahan netizen. - Foto kredit Facebook Shah Mikail
Dalam status yang dimuat naik bersama gambar berkenaan, Shah Mikail memberitahu beruk berkenaan mengambil mercun bola yang dibaling kerana menyangkakan ia makanan. Mercun itu kemudiannya meletup di tangannya.
Foto tersebut mengundang kemarahan netizen yang sedih dan kesal dengan sikap segelintir golongan masyarakat yang tidak berperikemanusiaan.
Tidak kurang juga mahu agar perkara ini dilaporkan kepada pihak berkuasa dan mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.
Manusia yg bagi mercun bola kat beruk tu lebih Binatang dprd binatang2 lain
— Kanak-kanak Ribena (@ArifHadib) August 21, 2015
Nampak gamba beruk kena baling mercun. Ya Allah balas lah balik dekat org yg baling tu sama mcm dia buat kat beruk tu.
— EGHINGHEDIK (@ErinEdriena) August 21, 2015
Apa lah bangang sangat manusia macam tu gi baling mercun dekat beruk tu haih dia bukan minta duit pun minta makanan je haih
— ahmadzaidi (@zaidiraa) August 21, 2015
Allah, sedihnya lah baca pasal kisah beruk kene mercun. Tangan dia hancur tu. Moga yg buat tu dpt balasan lebih teruk dri Tuhan
— Long Amie (@AbgMie47) August 21, 2015
Padiaaa weh dibalingnya mercun bola. Beruk tu sangka makanan, diambilnya. Hancur tangan bila kutip 'makanan' tu. Manusia padia hang ni /p>— Xiaoling (@fatehahmarzuki) August 21, 2015
Kesian beruk yg kena mercun bola tu. Muka dia sedih sangat. Kejam manusia. Lagi teruk dari binatang.
— meriam buloh (@naniiibunny) August 21, 2015
Status yang dimuat naik semalam itu menarik lebih 20,000 likers, dengan lebih 15,000 perkongsian.
Topic Berkaitan
#beruk
#haiwan
#Jabatan Hidupan Liar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan