awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai kanan TLDM, pengarah syarikat direman bantu siasatan rasuah
Bekas PM Korea Selatan Lee Hae-chan kritikal di Vietnam, jalani prosedur jantung selepas rebah
IWK perkenal CSR "Sahabat Istimewa IWK" untuk komuniti OKU
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buat amal jangan harap disanjung tetapi untuk ganjaran di akhirat - Mufti

Bernama
Bernama
11/10/2019
02:37 MYT
Buat amal jangan harap disanjung tetapi untuk ganjaran di akhirat - Mufti
Mohd Asri menasihatkan mereka yang berkemampuan supaya jangan patah semangat untuk memberi sumbangan bakti kepada mereka yang memerlukan daripada rezeki yang mereka perolehi. - Gambar fail
Umat Islam disaran sentiasa berbuat amal baik bukan untuk disanjung dan dikenang tetapi atas matlamat mendapat ganjaran di akhirat kelak.
Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata justeru seseorang yang banyak menabur bakti dengan pelbagai amalan baik jangan kecewa jika segala jasa dan sumbangan mereka cepat dilupai.
"Apa yang penting setiap amalan baik yang diberi adalah ikhlas dan ganjaran paling besar adalah pahala di sisi Allah SWT setelah kita meninggal dunia kelak," ujar beliau.
Mohd Asri menyatakan demikian semasa menyampaikan ceramah mingguannya di Masjid Alwi di sini malam tadi.
Oleh itu beliau menasihatkan mereka yang berkemampuan supaya jangan patah semangat untuk memberi sumbangan bakti kepada mereka yang memerlukan daripada rezeki yang mereka perolehi.
Menurut Asri seseorang yang dilimpahi rezeki banyak dan hidup kaya raya tidak menjamin mereka akan melalui kehidupan dengan sempurna segalanya.
Ada di antara mereka terpaksa berpantang makan kerana mengidap berbagai jenis penyakit, ada yang menghadapi masalah keluarga dan pelbagai masalah lagi menyebabkan hidupan harian mereka tidak tenteram.
"Justeru pergunakanlah rezeki yang diperolehi untuk membuat amal bakti semoga mendapat ketenangan dan setiap amal baik yang dilakukan jangan sama sekali mengharap untuk dipuji dan dikenang," tegasnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#akhirat
#ceramah mingguan
#Islam
#keluarga
#Mohd Asri Zainul Abidin
#mufti
#patah semangat
#penyakit
#Perlis
#rezeki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan