awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penguasaan AI, profesionalisme dan kesejahteraan rakyat panduan PDRM depani cabaran 2026 - KPN
Speaker Parlimen Pakistan, Menteri Luar India berjabat tangan di Dhaka
Kepulauan Virgin AS saman Meta, dakwa syarikat untung atas iklan penipuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Cara memasak tanpa GST!" - Ahmad Maslan

Shamil Hizamie
Shamil Hizamie
07/06/2015
02:57 MYT
"Cara memasak tanpa GST!" - Ahmad Maslan
Ahmad Maslan memuat naik dua keping gambar yang mempamerkan teknik memasak tanpa GST di laman Twitter
Meskipun sering dikritik berikutan Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) sejak April lalu, itu tidak menghalang Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan daripada meneruskan perjuangannya ‘mendidik’ rakyat Malaysia mengenai pelaksanaan cukai berkenaan.
Ahmad pada jam 7.34 pagi Ahad, memuat naik dua keping gambar yang mempamerkan teknik memasak di laman Twitter.
“Resepi saya dan digoreng sendiri: Sayur, telur, cili, nasi, garam, daging, bawang, ayam, minyak dan gas masak. Tiada GST!,” ujarnya di Twitter.
Resepi saya & digoreng sendiri: Sayur, telur, cili, nasi, garam, daging, bawang, ayam, minyak & gas masak. Tiada GST! pic.twitter.com/zp8nncicKv
— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) June 6, 2015
Berdasarkan kapsyen tersebut, beliau dilihat ingin menyatakan bahawa tidak semua barangan mentah atau runcit dikenakan cukai.
Pilihan untuk memasak sendiri di rumah adalah langkah yang bijak bagi mengelak dikenakan cas tambahan GST daripada memilih makan di luar.
Namun muat naik itu ternyata mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial lain.
Kalau suruh semua orang masak sendiri, yg bukak kedai makan trpaksa tutup lah, rakyat masak sendiri. https://t.co/yNMwArek9C
— kiah (@ErahSoo) June 7, 2015
silap2 ni bukan first time dia masak.tapi first time maid die masak.sblm ni maid pun mkn luar /p>— K z (@WantedWatanabe) June 7, 2015
jgn lah marah dia :( ni bru first time die masak seumur hidup.bagi chance lah
— K z (@WantedWatanabe) June 7, 2015
mohon tuan buat lobster bisque dan lobster thermidor sebagai juadah tanpa GST lain kali.
— Le Président (@FaizFazil) June 7, 2015
mohon ketuk ketuk Ramadan jemput tuan untuk berkongsi resipi
— Pediq (@_pedoq) June 7, 2015
cili tu patut dibuang dulu pangkal dia. Masak nasi goreng dgn dahan-dahan pokok sekali sapa ajar ni-,-
— REBEL (@AinulNunanaa) June 7, 2015
sweet tak mat lan bae masak?
— KayKay Carmen (@karmenlunarxisc) June 6, 2015
LOL, dia dpt brg2 tu dekat celah mana? bukak2 kabinet dapur terus ujud kot?
— Azlan Photojournalis (@OnePolar) June 6, 2015
Ahmad juga turut memuat naik beberapa keping gambarnya yang minum pagi di tepi Sungai Air Baloi di Pontian Johor.
Difahamkan di lokasi berkenaan terdapat tempat menjual ikan segar yang ditangkap para nelayan bermula jam 6.30 hingga 9.30 pagi.
Beliau mengatakan bahan mentah yang dibeli dengan cara itu adalah secara terus dari laut tanpa menggunaan khidmat orang tengah.
Minum pg di tepi Sg Air Baloi Pontian, tempat jual ikan segar nelayan 6.30-9.30 pagi terus dari laut tanpa org tengah pic.twitter.com/oQO8ZYQhHi
— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) June 7, 2015
Topic Berkaitan
#Ahmad Maslan
#cukai barangan dan perkhidmatan
#GST
#masak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan