PENGGEMAR coklat mungkin suatu hari nanti tidak dapat menikmati manisan itu lagi kerana ia mungkin akan pupus akibat kesan pemanasan global.

Menurut para saintis, suhu yang terlalu panas serta cuaca yang kering boleh mengancam penanaman kakao, iaitu tumbuhan yang menghasilkan coklat.

Kakao hanya boleh tumbuh di kawasan sempit tanah hutan hujan sekitar 20 darjah utara dan selatan khatulistiwa dengan suhu, hujan serta kelembapan adalah tetap.

Lebih separuh daripada bekalan coklat dunia kini dihasilkan dari dua negara Afrika Barat, iaitu Cte d'Ivoire dan Ghana.

Peningkatan suhu untuk beberapa dekad akan datang atau pada 2050 nanti menjadikan kawasan tersebut tidak lagi sesuai untuk penanaman kakao.

Bagaimanapun, penyelidik dari University of California kini sedang bekerjasama dengan syarikat pengeluar coklat terkemuka, Mars, bagi menyelamatkan tanaman kakao.

Mereka kini menggunakan teknologi yang dikenali sebagai CRISPR untuk mengubah suai DNA kakao supaya ia dapat bertahan di bawah iklim yang berbeza.

Para saintis itu berharap dapat menghasilkan tumbuhan kakao yang tidak rosak pada suhu yang tinggi.