Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

COVID-19: Apple rancang permudah fungsi Face ID

COVID-19: Apple rancang permudah fungsi Face ID
Pembangun Face ID memaklumkan fungsi ciri berkenaan akan dipermudahkan susulan pemakaian topeng muka yang kini jadi kebiasaan.
NEW YORK: Dengan pemakaian topeng muka menjadi kebiasaan bagi mengelak penyebaran wabak COVID-19, Apple merancang melakukan perubahan terhadap fungsi pengesanan identiti menerusi Face ID yang terdapat pada iPhone.

Dalam versi terbaharu iOS 13.5, pembangun Face ID memaklumkan fungsi ciri berkenaan akan dipermudahkan, lapor CNN.
Bagaimanapun, pengguna masih perlu menanggalkan topeng muka yang dipakai untuk membuka lock iPhone, tetapi kemas kini ini akan mempercepatkan pertukaran ke kunci kod laluan dengan lebih cepat.

Kemas kini iOS ini juga akan didatangkan dengan perisian baharu yang dapat digunakan oleh pembangun aplikasi untuk membantu pengguna iPhone mengesan jika mereka adalah kontak rapat pesakit COVID-19.
Projek tersebut dilaporkan mendapat kerjasama Google dengan objektif membantu mengesan penyebaran virus menggunakan teknologi Bluetooth.

Buat masa ini Apple belum membuat sebarang pengumuman tentang kemas kini tersebut, namun pemerhati berpendapat ia akan dilaksanakan dalam beberapa minggu lagi.