ADIK-BERADIK, biarpun seibu sebapa, tetapi adakalanya tetap bertelagah. Namun apabila ada anasir luar cuba mengganggu ahli keluarga, setiap anggota akan bersatu, berada teguh di belakang masing-masing.
Itu perumpamaan bagi kita rakyat Malaysia. Berbilang kaum dan agama, ada masa perselisihan faham tidak dapat dielak. Namun di hujungnya kita tetap satu bangsa, iaitu bangsa Malaysia.
Seorang ahli politik di Taiwan, Li Zheng Hao, terpaksa mempelajari hakikat itu dengan cara yang agak kejam, selepas mengeluarkan ulasan berbaur fitnah tentang situasi wabak COVID-19 di Malaysia dan bagaimana Malaysia menanganinya.
Tidak cukup dengan itu, Li turut mengaitkan perihal agama, khususnya agama Islam dalam komentarnya yang disiarkan di sebuah stesen televisyen di sana, dan turut dimuat naik ke akaun Facebook.
Susulan itu, lebih 150,000 komen membanjiri akaun Facebook Li, majoritinya adalah kaum Cina di Malaysia yang nyata panas hati dengan tindakan Li itu.
Lebih menarik, mereka juga menyebut bagaimana Li sebenarnya tidak memahami pendekatan agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini.
"Anda menghina pasukan penguatkuasa dan barisan hadapan di negara ini, malah turut menghina sahabat-sahabat kami yang beragama Islam.
"Jenazah orang Islam tidak boleh dibakar kerana mereka ada cara pengebumian tersendiri dan cara pengebumian itu pula mengikut garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia," kata pengguna Facebook dengan nama Edmond Seng.
"Kita semua anak Malaysia, kita takkan izinkan orang luar yang tak faham agama dan bangsa kita merosakkan nama tanah air kita," itu pula komen Kelly Lam.
"Kita gaduh, kita punya hal, tapi orang luar jangan usik hal negara kita!" kata Misa Ng.
"Saya tak sangka ramai rakan-rakan di sini yang membela maruah dan nama baik negara kita," tulis Kamarul Khalid.
Semakan terbaharu di Facebook mendapati Li dipercayai telah mengubah kenyataan asalnya dan telah membuat permohonan maaf.
"Saya faham kemarahan kalian, dan saya minta maaf. Saya harap Malaysia dan seluruh dunia akan berjaya mengatasi wabak ini secepat mungkin," tulisnya.
Madiha Abdullah
Sun Mar 29 2020
Lebih 150,000 komen membanjiri akaun Facebook Li, majoritinya adalah kaum Cina di Malaysia yang nyata panas hati dengan tindakan Li itu.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.