Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

COVID-19: Liga bola sepak Nicaragua terus berjalan, dapat permintaan negara luar

COVID-19: Liga bola sepak Nicaragua terus berjalan, dapat permintaan negara luar
Liga Primera de Nicaragua adalah salah satu daripada empat liga bola sepak di dunia yang masih berjalan. - REUTERS/Oswaldo Rivas
LIGA bola sepak Nicaragua merupakan salah satu liga yang masih berjalan, ketika banyak negara lain menangguhkan liga masing-masing susulan penularan wabak COVID-19.

Namun pemain yang terbabit mengakui, mereka bermain dalam ketakutan yang secara tidak langsung telah mengubah cara permainan mereka.

"Kami cuba mengelak daripada bersentuhan dengan pemain lain.

"Dalam situasi perebutan bola, kebanyakan pemain tidak memberi tekanan kepada pemain lawan. Intensiti dalam permainan sudah tiada," kata Carlos Mosquera, penjaga gol pasukan Deportivo Las Sabanas, kepada Reuters.
Liga Primera de Nicaragua adalah salah satu daripada empat liga bola sepak di dunia yang masih berjalan, selain liga di Belarus, Burundi dan Tajikistan.

Perlawanan dijalankan secara tertutup tetapi disiarkan secara langsung melalui televisyen atau di Facebook.
Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak Nicaragua, Jose Maria Bermudez, berkata, liga mereka kini menjadi tumpuan peminat bola sepak dari seluruh dunia, dan ia memberi keuntungan di pihaknya.

"Kami dihubungi beberapa stesen televisyen luar yang mahu menyiarkan perlawanan liga ini di negara mereka. Permintaan tinggi kerana peminat fanatik bola sepak tentunya 'gian' untuk menyaksikan perlawanan secara langsung," katanya.


Dia juga menambah liga negara itu akan diteruskan selagi situasi masih terkawal.

Nicaragua yang mempunyai 6 juta penduduk, setakat ini dilaporkan hanya merekodkan lima kes positif COVID-19.


 



Tag: koronavirus, bola sepak, Nicaragua, liga bola sepak, COVID-19



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.