awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dakwaan dera: Remaja ditemukan di stesen KTMB tidak alami kecederaan
Kes tinggal lebih masa catat pendakwaan tertinggi tahun lepas - Imigresen
Projek Makmal Ujian MIROS perlu disiapkan ikut jadual - Ahmad Maslan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cubit, calit, sapu, cuit.. Nampak molek seri bersolek, bahaya jangkitan jerawat kulat

Razak Chik
Razak Chik
07/01/2020
13:04 MYT
Cubit, calit, sapu, cuit.. Nampak molek seri bersolek, bahaya jangkitan jerawat kulat
Peralatan mekap terdedah kepada pencemaran dari sel kulit mati, peluh, daki, minyak lelemak dan bakteria.
BAGI warga selebriti, artis dan juga kalangan personaliti media yang perlu bersolek demi tugasan, AWAS! – Muka anda pasti terdedah kepada pelbagai jenis jangkitan jerawat dan kulat.
Apa tidaknya, cuba perhatikan peralatan yang diguna – berus terutamanya; adakah kerap dicuci, malah diganti?
Itu belum lagi disiasat adakah suci dan menepati syarak. Kadangkala terdapat berus dan peralatan murahan dibuat berasaskan bulu binatang yang tidak menjalani proses pembersihan yang tepat lagi ketat.
Satu laporan dari Channel News Asia (CNA) menimbulkan kesedaran dalam kalangan warga selebriti bahawa dalam keghairahan ingin nampak comel, molek dan cantik, mungkin ramai tidak sedar keperluan menentukan tahap kebersihan peralatan yang diguna samaada melalui usaha sendiri atau oleh jurusolek sebelum memulakan kerja.
Apa tidaknya, umum menerima salah satu disiplin sebelum mula bersolekan memerlukan tangan sendiri dibasuh.
Basuh sebersih yang mungkin menggunakan sabun mengalahkan doktor bedah sebelum perut dibedah, barulah layak sepasang tangan dihala ke muka dan solekan bermula.
Kaum wanita terutamanya kerap mengenakan mekap secara tergesa-gesa dan ini sudah tentu melibatkan penggunaan peralatan seperti berus dan gincu bibir.
Mengikut laporan itu, peralatan mekap terdedah kepada pencemaran dari sel kulit mati, peluh, daki, minyak lelemak dan bakteria. Kesemuanya mampu menyebabkan radang kulit, lebam merah, pori-pori tersumbat, ruam, bintik hitam, bintik putih dan ledakan jerawat.
Lebih teruk, pembiakan kuman mampu menyebabkan penyakit seperti konjunktivitis, lepuh dan jangkitan kulat.
Mungkin anda kurang peka, tetapi gincu perlu dibersih dengan membuang lapisan yang menyentuh bibir menggunakan putik kapas agar sebarang kotoran dapat dibuang. Apa lagi bila dikongsi penggunaan.
Pencucian secara berkala juga perlu bagi kesemua peralatan mekap bagi menentukan sebarang bakteria atau kuman dapat dihindari dari bersarang.
Topic Berkaitan
#jerawat
#kulat
#mekap
#solek
#solekan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan