Cucu dedah wajah individu di 'wallpaper' telefon Tun Mahathir

Cucu dedah wajah individu di 'wallpaper' telefon Tun Mahathir
Sebuah foto yang dikongsikan cucunya, Ally Mukhriz di Instagram menarik perhatian ramai. - Foto Instagram ally.mukhriz
KUALA LUMPUR: FAKTOR umur tidak menjadi masalah untuk menunjukkan kemanisan hubungan suami isteri dan itu yang ditunjukkan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap isterinya Tun Dr Siti Hasmah.

Sebuah foto yang dikongsikan cucunya, Ally Mukhriz di Instagram menarik perhatian ramai apabila bekas perdana menteri itu dilihat meletakkan wajah isterinya sebagai ‘wallpaper’ di telefon pintarnya.

Tulis Ally, foto itu dirakamnya apabila menyedari bahawa datuknya meletakkan wajah lucu neneknya sebagai 'wallpaper' telefon pintar.
Ramai yang kagum dengan perkara berkenaan yang memperlihatkan sisi romantis Tun Mahathir terhadap isteri walaupun umur sudah meningkat.

 

How cute/funny is this? #relationshipgoals

A post shared by Meera Alyanna Mukhriz



Tun M, Siti Hasmah

Ini bukan kali pertama Tun Mahathir, 92  dan Tun Siti Hasmah, 91 dijadikan contoh sebagai pasangan paling ideal untuk tanda pagar #RelationshipGoals.

Sebelum ini pelbagai aksi comel mereka berdua dikagumi ramai kerana dilihat bagai pasangan yang baru bercinta.

Pasangan ini sudah 61 tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan tujuh orang anak.




Tun M, Siti Hasmah


Tun M, Siti Hasmah