Tahun 2016 sudah pasti tahun yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan rakyat Malaysia kerana bilangan cuti panjang yang banyak.

Bukan sekali ataupun dua kali, tetapi tahun ini, kita dapat menikmati lapan kali cuti panjang yang berjumlah 30 hari.

Bagaimanapun, anda dapat menikmati tambahan seminggu lagi dengan hanya mengambil cuti sehari pada 8 Julai untuk melanjutkan cuti hujung minggu pada Hari Raya Aidilfitri.

Cuti hujung minggu bermula dari Tahun Baru Cina (6-9 Februari), Hari Pekerja (30 April-2 Mei), Hari Raya Haji (10-12 September), Hari Malaysia (16-18 September), Deepavali (29-31 Oktober) dan Krismas (24-26 Disember).

Rakyat Malaysia yang mengambil cuti pada 8 Julai akan mempunyai cuti lima hari sempena Hari Raya Aidilfitri, yang dijangka jatuh pada 6 dan 7 Julai.

Ini tidak termasuk bilangan cuti di peringkat negeri yang berbeza di setiap negeri.

Jadi, sudah pasti ini merupakan peluang yang baik untuk anda melakukan perancangan percutian bersama keluarga dan orang tercinta.

Infografik cuti panjang yang akan berlaku di Malaysia

Segala persiapan dan perancangan yang baik, akan menghadiahkan anda dan keluarga pengalaman percutian yang tenang dan menyeronokkan, walau ke manapun destinasinya.

Banyak perkara yang anda boleh lakukan pada masa ini, antaranya melancong ke tempat-tempat bersejarah, bersantai di pulau peranginan, meneroka ke destinasi semula jadi ataupun sekadar berseronok bersama keluyarga di taman-taman tema.

Atau mungkin bagi mereka yang sekadar mahu menghabiskan waktu kualiti bersama keluarga di rumah, tanpa 'dicuri' urusan di tempat kerja, tahun ini sememangnya memberikan ruang dan peluang tersebut.

Syarikat penerbangan kos rendah, Air Asia juga menawarkan beberapa promosi bagi pelancongan dalam negara. Lihat juga pilihan pengangkutan umum yang lain, pasti ada juga promosi menarik sempena kekerapan hari cuti bersiri tahun ini.

Jadi, apakah rancangan anda? Kongsilah bersama kami.