Tutup

Dan Buettner terokai zon biru, punyai rahsia untuk hidup lama

Dan Buettner terokai zon biru, punyai rahsia untuk hidup lama
Pengkaji dan pengarang National Geographic, Dan Buettner telah mengikuti beberapa komuniti terpencil yang mencatat jangka hayat terpanjang di seluruh dunia yang beliau namakan sebagai Zon Biru - Foto Instagram @danbuettner
SUDAH pasti ramai yang ingin menjalani kehidupan yang sihat serta jangka hayat yang panjang.

Namun mesti anda tertanya-tanya bagaimanakah untuk melakukan perkara tersebut.

Pengkaji dan pengarang National Geographic, Dan Buettner telah mengikuti beberapa komuniti terpencil yang mencatat jangka hayat terpanjang di seluruh dunia yang beliau namakan sebagai Zon Biru.

Perjalanannya di beberapa tempat seperti Sardinia di Itali, Pulau Okinawa di Jepun, Republik Costa Rica dan juga Pulau Ikeria, Greece telah menemukannya dengan satu perkara yang sangat mengagumkan.
Buettner melihat komuniti di lokasi-lokasi terbabit menjalani kehidupan yang sihat serta mempunyai jangka hayat yang panjang.

Oleh itu, beliau cuba mengkaji rahsia pemakanan di sebalik gaya hidup sihat mereka.
Kelompok komuniti itu sering makan makanan yang sihat seperti kekacang, bijirin, serta sayur-sayuran, kerana makanan ini sangat mudah didapati dan sangat murah.

Bukan itu sahaja, mereka juga turut makan makanan seperti labu, sayuran liar seperti purslane, dandelion dan arugula, serta cendawan.

Ini antara makanan yang dimakan komuniti yang tinggal di " Zon Biru "

Namun, rahsianya bukan hanya pada jenis makanan yang diambil, tetapi konsistensi gaya pemakanan yang diamalkan sepanjang hidup mereka.

Kata Buettner, ini berbeza daripada tabiat 'diet' yang lazimnya dipraktikkan dalam tempoh masa yang pendek.

Bukan sahaja mengamalkan makanan yang sihat, malah komuniti-komuniti terbabit turut mementingkan beberapa prinsip lain.

Ini termasuk mengelilingi diri dengan rakan-rakan seumur hidup dan persekitaran yang sentiasa menggalakkan pergerakan. Selain itu, mereka juga berpegang kepada matlamat dalam hidup.




Tag: Jangka Hayat, Dan Buettner, Gaya Hidup, National Geographic, Sardinia, Okinawa, Costa Rica



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.