awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
PM Wong zahir penghargaan ke atas penyertaan TUDM di Pertujukan Udara Singapura 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Datuk Seri Vida tetap mahukan jersi TRW warna merah jambu

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
18/01/2016
08:10 MYT
Datuk Seri Vida tetap mahukan jersi TRW warna merah jambu
Datuk Seri Vida minta KAFA selesaikan isu warna jersi dengan pengeluar yang bertanggungjawab.
NAMA Datuk Seri Vida terus mendapat perhatian gara-gara isu penajaan untuk pasukan bola sepak Kelantan.
Jika semalam Tan Sri Annuar Musa, presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mendedahkan bahawa jersi utama pasukan akan tetap menggunakan warna merah, hari ini ia nampaknya menerima reaksi yang bertentangan dari Datuk Seri Vida.
Mstar Online melaporkan, pengasas Vida Beauty itu nampaknya bertegas mahukan jersi utama pasukan menggunakan warna merah jambu.
"Seperti yang kita bincangkan sebelum ini, saya mahu jersi itu dengan warna berasaskan pink, hanya jersi kedua akan menggunakan warna merah," katanya dalam laporan itu.
Tambahnya lagi, pihak KAFA perlu berbincang dengan pengeluar dan penaja yang bertanggungjawab ke atas jersi, kerana beliau tetap dengan pendiriannya dan menganggap perkara tersebut sebagai haknya sebagai penaja utama.
TONTON: Kelantan lega ditaja Datuk Vida
“Saya tak peduli, Nike atau Adidas, yang penting mereka kena selesaikan warna jersi ini," katanya.
Tan Sri Annuar Musa semalam menjelaskan warna merah jambu hanya akan digunakan pada jersi ketiga pasukan yang dikenali sebagai The Red Warriors itu (TRW).
Bagaimana pula pendapat anda? Patutkah TRW menggunakan jersi berwarna merah jambu sebagai jersi utama?
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Vida
#Kelantan
#Qu Puteh
#The Red Warriors
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan