Tutup

Di Terengganu juga ada pantai bersih persis di Australia!

Di Terengganu juga ada pantai bersih persis di Australia!
Nasir Ali memuat naik foto pantai itu yang terletaknya di sebuah perkampungan nelayan terkenal yang terletak di muara Sungai Terengganu. - Foto Twitter/Nasir Ali
BAGI anda yang pernah mengunjungi Australia, pasti anda mengetahui kawasan pesisir pantainya bersih dan sungguh mendamaikan.

Tetapi, bagi anda yang tidak berkesempatan untuk ke negara itu, jangan risau kerana di Malaysia juga ada pesisir pantai yang bersih dan indah.

Baru-baru ini tular di media sosial beberapa keping foto yang menunjukkan pesisir pantai di Seberang Takir.

Ia selepas pemilik foto, Nasir Ali yang berkongsikan foto pantai itu yang terletaknya di sebuah perkampungan nelayan terkenal yang terletak di muara Sungai Terengganu.

Ia selepas pemilik foto, Nasir Ali yang berkongsikan foto pantai itu yang terletaknya di sebuah perkampungan nelayan terkenal yang terletak di muara Sungai Terengganu. Foto: Nasir Ali

 Rata-rata netizen kagum dengan keindahan pulau itu dengan kawasan sekeliling yang bersih. Foto: Nasir Ali

Rata-rata netizen kagum dengan keindahan pantai itu dengan kawasan sekeliling yang bersih.


Foto-foto yang tular itu turut mendapat perhatian pelakon yang juga aktivis alam sekitar, Maya Karin yang nyata terpegun dengan keindahan pantai yang ada di Malaysia.
Maya turut menyifatkan keindahan itu persis seperti di Australia tetapi tidak menyangkal bahawa pantai di Malaysia juga setanding dengan negara luar.


Dalam pada itu, netizen turut memberi saranan bagaimana keindahan pulau itu dapat dijaga dengan baik.

 



Tag: Australia, pantai, Terengganu, Seberang Takir, Maya Karin, Sungai Terengganu



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.