'DM saja saya', mangsa buli Keaton Jones dapat pelawaan jadi kawan Justin Bieber

'DM saja saya', mangsa buli Keaton Jones dapat pelawaan jadi kawan Justin Bieber
Bieber meminta Jones menghubunginya melalui direct message atau DM.
SELEPAS video rintihannya tular, remaja yang menjadi mangsa buli, Keaton Jones, kini menjadi perhatian selebriti antarabangsa yang kagum dengan keberaniannya bersuara.

Antara yang meluahkan kekaguman terhadap Jones adalah bintang pop, Justin Bieber.

Dalam kemaskini status di akaun Instagram, Bieber berkata Jones kini boleh menganggapnya sebagai rakan dan meminta remaja itu menghubunginya melalui direct message atau DM.
"Awak boleh anggap saya kawan. Hubungi saya melalui direct message dan kita boleh berbual. Saya sayang awak!" tulis Bieber.

 

You got a friend in me Lil bro! Hit me on dm and we can chat!!! Love you buddy!!

A post shared by Justin Bieber (@justinbieber) on


Selain Bieber, pemain futbol Amerika Syarikat, Jarrett Guarantano, juga melahirkan rasa kagum dengan Jones.

Guarantano mengambil keputusan bertemu sendiri Jones selepas videonya tular, dan menganggap remaja itu kini sebagai adiknya.


"Dia sangat istimewa dan pertemuan ini telah mengubah hidup saya. Sekarang saya adik yang sudah lama saya nantikan," tulis Guarantano melalui kemaskini di Twitter yang sehingga kini telah menerima lebih 80,000 retweet.

Turut sama meluahkan sokongan mereka kepada Jones adalah Katy Perry, Chris Evans, Enrique Iglesias, Ryan Seacrest dan Rihanna.