Setiap orang ada cara tersendiri untuk menyambut ulang tahun hari kemerdekaan Malaysia.

Bagi enjin carian terbesar dunia, Google, mereka mendedikasikan menerusi doodle khas Merdeka untuk semua penggunanya di Malaysia.

Menurut Google Malaysia, sebaik sahaja pembentukan negara selepas diumumkan merdeka 62 tahun lalu, Malaysia mengangkat bunga raya sebagai bunga kebangsaan.

"Seni doodle kali ini membangkitkan bunga raya di celah sulaman songket tradisi Melayu yang menjadi kain hiasan golongan bangsawan dan kerabat diraja."

Tambahnya, gubahan bagai Jalur Gemilang turut disertakan bagi menambah nilai patriotik yang kini gah di kebanyakan bangunan utama di seluruh negara.

Malah, Google Malaysia turut berkongsikan dua draf terdahulu doodle Merdeka untuk tahun ini sebelum membuat pilihan terakhir yang menjadi bualan pengguna di seluruh negara.

Ini merupakan dua draf yang ditunjukkan sebelum hasil akhir diterbitkan

Ini bukan pertama kali Google mendedikasikan doodle khas untuk Hari Kebangsaan Malaysia, kali pertama ia diterbitkan pada 2007.

Motif bunga raya sebagai juga pernah digunakan dalam doodle Hari Kebangsaan Malaysia pada tahun 2012 dan 2014.