awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dota 2: Liga e-sukan dilancar, hadiah RM500,000 jadi rebutan

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
17/08/2017
08:33 MYT
Dota 2: Liga e-sukan dilancar, hadiah RM500,000 jadi rebutan
Mensasarkan untuk mencari pemain e-sukan terbaik di Malaysia, MESL juga mencatat sejarah tersendiri sebagai kejohanan liga Dota 2 terbesar di Malaysia. -Foto www.mesl.my
Penganjur e-sukan tersohor di Asia Tenggara, Mineski Events Team (MET) dengan kerjasama U Mobile dan Logitech G hari ini mengumumkan pelancaran Liga E-sukan Malaysia (MESL) yang menawarkan jumlah wang terkumpul sebanyak RM500,000.
Selain mencatatkan sejarah tersendiri sebagai kejohanan liga Dota 2 terbesar di Malaysia, MESL disasar sebagai platform untuk mencari pemain Dota 2 terbaik di Malaysia.
Pengarah Urusan MET, Kenchi Yap berkata pelancaran MESL adalah antara langkah dalam meneruskan komitmen kepada komuniti e-sukan di negara ini.
“Kita dapat lihat peningkatan fenomena e-sukan yang berlaku bukan sahaja di peringkat global, malah di Malaysia. Justeru, melalui MESL, kami berharap dapat mencungkil bakat-bakat baharu yang mahu menceburi kerjaya ini secara profesional.
"Mungkin kita boleh mencari jaguh baharu seperti Midone, Ohaiyo, Mushi, Ah Fu dan Ah Jit. MESL merupakan batu loncatan buat pemain untuk ke peringkat lebih tinggi seperti The International yang menjadi impian setiap pemain,” katanya pada pelancaran MESL, di sini, hari ini.
Liga e-sukan MESL akan bermula 2 September ini dengan pusingan kelayakan di seluruh negara.
Enam belas pasukan terbaik daripada pusingan kelayakan akan memasuki pusingan peringkat kumpulan liga selama tiga bulan.
Setiap perlawanan peringkat kumpulan hingga pusingan akhir akan disiarkan secara langsung menerusi Astro eGG Network sebagai saluran rasmi kejohanan dan Twitch.tv.
Pemain yang berminat menyertai MESL boleh melayari: http://www.mesl.my/
Topic Berkaitan
#DOTA
#Dota 2
#e-sukan
#Kenchi Yap
#Liga E-sukan Malaysia
#MESL
#Mineski Events Team
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan