awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Samsung perkenal modul memori SOCAMM2 LPDDR5X untuk pelayan AI
AstroBIZ: Astro BizOne hidupkan kebersamaan di Botani Kitchen
Lima Kluster Strategik perkukuh Reformasi Kesihatan MADANI - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua juta rakyat Malaysia ada masalah pendengaran - Kajian

Siti Hajar Jamaludin
Siti Hajar Jamaludin
02/05/2019
22:00 MYT
Dua juta rakyat Malaysia ada masalah pendengaran - Kajian
Di Malaysia, terdapat peningkatan bilangan masyarakat di antara umur 35 hingga 45 tahun yang menghidap masalah pendengaran berpunca daripada aktiviti harian mereka. - Gambar fail/pexels.com
Kajian daripada hear.com, mendapati dua juta rakyat Malaysia mengalami masalah pendengaran daripada pelbagai peringkat umur dan tidak terhad kepada golongan warga emas sahaja.
Isu kesihatan ini bertentangan dengan kepercayaan umum rakyat Malaysia bahawa masalah kehilangan pendengaran akan hanya berlaku kepada warga tua yang berusia 65 tahun ke atas sahaja.
Di Malaysia, terdapat peningkatan bilangan masyarakat di antara umur 35 hingga 45 yang menghidap masalah pendengaran berpunca daripada aktiviti harian mereka.
Senario ini turut menjejaskan produktiviti orang ramai di tempat kerja dan hubungan dengan orang sekeliling.
Menurut Pengarah Urusan hear.com, Alexander Evertz orang ramai perlu menangkis stigma bahawa warga tua sahaja yang berpotensi terdedah kepada masalah pendengran.
"Kita perlu melawan stigma yang mengatakan hanya orang tua sahaja akan menderita masalah pendengaran,” ujar Evertz dalam kenyataan yang diedarkan pada Khamis.
Tambah beliau orang ramai perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi mencegah masalah pendengaran daripada berlaku kesan buruk pada masa akan datang.
Antara punca yang menyumbang kepada masalah pendengaran selain daripada faktor persekitaran kerja termasuklah penuaan, jangkitan kuman, trauma dan kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan tertentu.
Topic Berkaitan
#Alexander Evertz
#di antara umur 35 hingga 45
#Dua juta rakyat
#faktor persekitaran kerja
#kesihatan
#Malaysia
#Masalah pendengaran
#pekak
#pelbagai peringkat umur
#rakyat
#rakyat Malaysia
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan