Setelah mencatatkan nama dalam Malaysia Book of Records dengan mendaki Gunung Kinabalu secara mengundur pada 1992, Edward Taning, 58, sekali lagi akan melakukan aksi serupa pada tahun ini dalam usahanya mencipta nama dengan rekod baharu, sekali gus membantu mengumpul dana untuk kebajikan.
Projek yang dinamakan sebagai Edward Gostaning (Summit Kinabalu Jasamu Dikenang) itu akan diadakan pada 8 Mac ini.
Penyelaras projek, Richard Soibi berkata program anjuran bersama Persatuan Malim Gunung Kinabalu yang menyasarkan kutipan lebih RM500,000 itu juga untuk mendapatkan dana bagi membina dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Bundu Tuhan, Ranau
"Dana berkenaan juga bagi membantu golongan orang kurang upaya (OKU) di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Ranau yang masih kekurangan kelengkapan. Kami difahamkan PPDK berkenaan memerlukan sebuah bas untuk pengangkutan pelajar-pelajar tersebut," katanya.
Selain itu, dana itu juga bagi mengisi tabung malim untuk membeli peralatan di asrama malim di Gunung Kinabalu, katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), di sini pada Selasa.
Richard berkata semasa kunjungan hormat itu, Mohd Shafie setuju untuk menjadi penaung projek berkenaan dan beliau secara peribadi turut menyumbangkan sebanyak RM95,000 ke dalam tabung yang diwujudkan.
Sementara itu, Edward berkata, walaupun memegang kad OKU, beliau tidak pernah menjadikannya alasan untuk tidak menyumbang kepada masyarakat termasuk mencari dana melalui aktiviti kebajikan.
"Sebelum ini pernah saya pernah mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama mendaki Gunung Kinabalu secara mengundur pada 1992," katanya.
Selepas 17 tahun, Edward yang merupakan anak tempatan Inanam kembali dengan membawa misi yang sama, namun laluan yang berbeza pada 2009 apabila berjaya menghasilkan rekod berjalan mengundur sejauh 342 kilometer dari Sandakan ke Kota Kinabalu.
Bapa kepada empat cahaya mata itu yang mengalami kecacatan melibatkan otot di kaki kanannya sejak berusia sembilan tahun, kembali mencipta nama dengan rekod berjalan sejauh 404 km dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu pada 2012.
"Apa yang saya lakukan ini bukan untuk mencari populariti, saya mahu buktikan golongan OKU juga mampu mencipta kejayaan. Saya akan buktikan umur juga bukan penghalang untuk kita mencapai satu kejayaan," katanya.
Edward berkata beliau tidak mempunyai jurulatih dan hanya menjalani latihan sendiri dengan berjalan, berjoging dan berlari di kawasan sekitar kampungnya di Kiulu, Tamparuli sebagai persediaan untuk program itu.
"Kemungkinan kami mahu cadangkan Malaysia Book of Record pergi (ke peringkat) dunia kali ini, terpulang kepada pegawai untuk urus Guiness World Record, kalau tidak, setakat Malaysia Book Of Record sahaja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 28 2020
Edward sebelum ini pernah menerima sijil Malaysia Book of Record selepas berjaya berjalan sejauh 404kilometer dalam 22 hari secara mengundur. - Bernama
Pemandu bas ekspres buat 'live' TikTok kena saman
Mereka dikesan melakukan kesalahan itu dalam Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) bermula 1 hingga 20 April lepas.
Nahas helikopter Lumut: DUN Sabah bertafakur seminit hormati mangsa
Ucapan takziah itu disampaikan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar sebelum memulakan sesi soal jawab pada sidang DUN.
Nahas helikopter Lumut: Pas puji tindakan pantas Menteri Pertahanan
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysi
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Edward bakal naik Gunung Kinabalu secara undur, kumpul dana kebajikan
Sasaran kutipan lebih RM500,000 itu juga untuk mendapatkan dana bagi membina dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Bundu Tuhan, Ranau.