Pergerakan dan aktiviti rakyat Malaysia agak terbatas dalam tempoh tiga minggu penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan sejak 18 Mac lalu.
Keputusan pelaksanaan PKP ini dibuat dalam usaha kerajaan memutuskan rantaian penularan pandemik COVID-19 yang mana, fasa pertama bermula dari 18 hingga 31 Mac diikuti fasa kedua dari 1 hingga 14 April ini.
Langkah tersebut dilihat membuahkan hasil apabila setakat semalam, situasi COVID-19 menunjukkan perkembangan memberangsangkan dengan seramai 121 pesakit pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj dari wad, iaitu melebihi jumlah 109 kes positif yang direkodkan.
Ia menjadikan kes positif terkini sebanyak 4,228 kes dengan 67 kematian.
Inisiatif yang diambil tersebut tidak hanya tertakluk kepada komitmen kerajaan semata-mata sebaliknya rakyat perlu bersama menggembleng tenaga bagi melandaikan lengkung pandemik COVID-19 ini.
Justeru, trend untuk melepak di kedai mamak atau meluangkan masa bertemu rakan-rakan juga perlu ditangguhkan seketika buat masa ini selain masyarakat mengamalkan penjarakan sosial dengan serius.
Bagaimanapun dengan kemudahan teknologi yang ada masa kini, ia sebenarnya tidak menghadkan kita untuk berkumpul secara maya dan melakukan aktiviti sosial bersama rakan-rakan.
Mengambil kesempatan itu, syarikat perniagaan makanan dan minuman, F&N kini melancarkan kempen 'Mamak Virtual Terbesar Teh Tarik Ori F&N' yang membolehkan rakyat Malaysia bersantai bersama rakan-rakan di 'restoran mamak' kegemaran mereka secara maya.
Kempen tersebut turut melancarkan minuman teh tarik baharu F&N menerusi platform persidangan video, Zoom.
Pengurus Jenama Kanan F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd, Adelene Tay berkata, kempen yang dijalankan itu bertujuan menceriakan pengalaman pengguna sambil mereka menikmati minuman F&N dalam keadaan selesa di rumah sepanjang PKP berlangsung.
“Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh mencuba minuman teh tarik terbaharu kami dalam botol yang mudah diminum, sambil berborak panjang tentang perkembangan terkini dalam sesi Zoom.
“Persidangan video virtual itu turut dihiburkan dengan penglibatan influencer media sosial dan kami yakin ia akan menarik lebih ramai penyertaan dalam kalangan pengguna untuk menyertai kempen ini,” katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.
F&N menerusi kempen tersebut menyasarkan untuk mendapatkan lebih 500 penonton dengan matlamat untuk memecahkan Buku Rekod Malaysia.
Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen tersebut, orang ramai boleh terus ke aplikasi mudah alih F&N Life atau layari https://fnlife.com.my/
Haikal Raman
Fri Apr 10 2020
Sertai kempen Mamak Virtual Terbesar Teh Tarik Ori F&N.
Pantau Agenda Reformasi: Awas! Pihak main sentimen rakyat, ancam keharmonian
Apa pendekatan yang boleh dilakukan untuk membendung tindakan pihak-pihak yang memainkan sentimen perkauman dan keagamaan yang mengancam keharmonian negara?
Prof. Madya Dr. Mazlan Ali, Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Teknologi & Informatik Razak, UTM
Prof. Madya Dr. Mazlan Ali, Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Teknologi & Informatik Razak, UTM
Nombor plat eksklusif UUM bukan hanya untuk warga universiti
Nombor plat eksklusif UUM bukan khusus dijual kepada warga universiti tetapi boleh dimiliki oleh orang awam atau syarikat yang berminat dengan plat tersebut.
Tun Musa individu teguh prinsip, integriti - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam sebagai sosok yang teguh dengan prinsip dan integriti.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Trip.com raih pertumbuhan tidak dijangka bagi tempahan perjalanan
Pulau Pinang dan Kota Kinabalu mengalami pertumbuhan ketara, dengan jumlah tempahan meningkat, masing-masing sebanyak 62 peratus dan 89 peratus tahun ke tahun.
MIDF Research kekal pandangan positif
Menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, HPI Malaysia telah berada pada trajektori menaik sejak 2022, berikutan pembukaan semula ekonomi.
Axiata Group, Dialog dan Bharti Airtel meterai perjanjian di Sri Lanka
Urus niaga itu bagaimanapun tertakluk kepada kelulusan kalangan pemegang saham Dialog dan menunggu pemuktamadan syarat-syarat tertentu yang digariskan dalam perjanjian jualan saham itu.
Matrade anjur pameran halal di Dubai
Pameran perdagangan halal itu, yang diunjurkan mencapai RM1 bilion dalam jualan, akan menampilkan sejumlah 2,000 gerai dari 45 negara dengan 14 kluster, termasuk kluster bahan halal yang baru diperkenalkan.
Industri penerbangan Malaysia berisiko - Maybank IB
Syarikat penerbangan seperti Capital A dan AirAsia X, juga mungkin melihat pendapatan dan harga saham mereka dikurangkan kerana mereka lebih terdedah kepada kenaikan harga bahan api jet.
PN sambut baik keputusan kerajaan beri peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang
Perikatan Nasional (PN) menyambut baik keputusan yang dibuat kerajaan bagi memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.
F&N labur dalam jenama, pemasaran untuk raih kembali momentum jualan
Lim berkata, syarikat berjaya mengatasi cabaran pasaran menerusi harga yang berkesan, strategi portfolio dan pelaburan jangka panjang.
F&N catat untung Q1 lebih rendah, pertimbang selaras harga produk
Pendapatan bagi tempoh itu bagaimanapun meningkat 2.2% kepada RM1.11 bilion berbanding RM1.08 bilion.
F&N lancar kempen 'lepak mamak virtual'
Pergerakan dan aktiviti rakyat Malaysia agak terbatas dalam tempoh tiga minggu penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan sejak 18 Mac lalu.
Pegawai IT ungguli cabaran akhir kemuncak 'F&N 135th Anniversary Fiesta'
F&NHB telah menganjurkan pertandingan yang menawarkan hadiah lumayan termasuk lambang emas 916, seberat 1.35kg eksklusif bernilai RM300,000.
F&N lancar produk baharu sempena ulang tahun ke-135
Fiesta ulang tahun ke-135 bertujuan memberi ganjaran dan berterima kasih kepada pengguna atas sokongan yang tidak terhingga selama 135 tahun terhadap F&N.
Semua produk 100Plus sudah terima logo 'Pilihan Lebih Sihat'
100Plus dianugerahkan Logo Pilihan Lebih Sihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH) berkuatkuasa Mac 2018.
Harga minuman tidak naik -- F&N Beverages Marketing
Kenaikan dalam harga bahan api tidak dapat dielakkan memandangkan ia menjadi sebahagian daripada keputusan fiskal dan monetari ekonomi.