Festival Kreatif Bazar MAP 2019 kini kembali menemui anda!

Festival yang telah memasuki kali ke-9 penganjurannya ini akan menampilkan lebih 1,000 artis dan penghibur dari pelbagai cabang seni dalam 50 acara bermula dari 30 Mac hingga 14 April.

Acara yang dianjurkan setiap tahun ini bakal diadakan di The Boulevard, Publika, Jalan Dutamas 1 Kuala Lumpur dan akan mengetengahkan lebih 40 vendor yang terlibat dalam bidang seni dan kraf, barangan antik, permainan video, alat permainan, komik serta fesyen yang akan mempamerkan karya dan produk mereka.

Festival MAP merupakan sebuah pertunjukan kesenian dan kebudayaan yang diadakan setiap tahun dengan pelbagai aktiviti menarik dan unik khas untuk penggemar seni, belia dan keluarga untuk beriadah dan mengambil bahagian sepanjang festival.

Tujuan utama festival ini adalah untuk membentuk masyarakat serta memberi penghargaan kepada penggiat seni dalam pelbagai bentuk dan tahap kesenian.

Malah, festival ini juga turut menampilkan persembahan daripada pemenang anugerah antarabangsa serta persembahan teater tempatan, tarian dan muzik dari Malaysia dan negara-negara lain.

Lebih menggembirakan lagi, kemasukkan ke festival ini adalah percuma!

Tahun ini, Festival MAP 2019 akan dimulakan dengan sambutan Earth Hour pada 30 Mac dari 6 petang hingga 10 malam dimeriahkan lagi dengan persembahan muzik mesra alam Green Beat Live oleh pemain dram dan pemuzik percussion, Lewis Pragasam.

Ia akan diikuti dengan persembahan dari platform streaming muzik JOOX yang Rasa Sayang Live Hour menampilkan Amir Hasan, Sissy Imann dan Aizat Amdan.

Selain itu, Publika juga akan bekerjasama dengan beberapa vendor seperti The Joke Factory untuk satu siri bengkel kanak-kanak dan persembahan muzik The Bee secara langsung.

Terdapat juga beberapa platform pertunjukan muzik oleh penyanyi dan pencipta lagu seperti Brendan de Cruz yang menampilkan Bil Musa, Protokol Kyoto, Prakash Daniel dan Patricia K.

Di samping itu, terdapat juga persembahan puisi dan bangkel puisi yang dianjurkan oleh Poetry Café Kuala Lumpur dan Poets Passport MY.

Layari laman web Publika Gallery atau laman Facebook MAPKL untuk maklumat lanjut serta jadual penuh festival.