awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FIFA18: Peperiksaan tidak halang Fenrir pamer aksi cemerlang

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
15/01/2018
09:32 MYT
FIFA18: Peperiksaan tidak halang Fenrir pamer aksi cemerlang
Fenrir mula meningkat naik sejak dia layak ke Kejohanan FUT Champions Cup di Barcelona yang bermula 26 Januari depan. - Foto Astro AWANI / MARIAH AHMAD
Biarpun kurang melakukan persiapan dan latihan untuk sertai acara FIFA 18 pada kejohanan e-sukan Malaysia Cyber Games 2018 (MCG) semalam, ia tidak menghalang Luqman Haziq, 21, untuk meraih tempat kedua bagi kategori tersebut.
Luqman atau senang dikenali sebagai Fenrir dalam arena maya, tidak meletakkan harapan yang tinggi pada mulanya memandangkan dia baharu saja menghadapi peperiksaan akhir tahun kedua jurusan kewangan di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan.
“Jujurnya saya tidak sempat berlatih berikutan musim peperiksaan ketika ini. Namun saya bersyukur sebab sudah lama tidak sertai kejohanan seperti ini dan dapat ke final.
“Saya gembira dapat memberi persembahan yang baik tetapi tiada rezeki,” katanya ketika ditemui media selepas perlawanan akhir FIFA 18 pada kejohanan MCG yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.
A post shared by Luqman Haziq (@luqmanhzq) on
Jan 14, 2018 at 6:12am PST
Meskipun Fenrir tewas di tangan pemain profesional Kathireswaran Sugumaran 3-1 dalam kategori itu, dia turut membawa pulang wang tunai RM10,000.
Nama Fenrir mula meningkat naik sejak dia layak ke Piala Kejohanan FIFA Ultimate Team (FUT) di Barcelona yang bermula 26 Januari depan.
Kejohanan ini adalah sebahagian daripada acara utama FIFA eWorld Cup (FEWC) yang dianjurkan oleh EA Sports dan menawarkan hadiah wang tunai RM817,300 kepada pemain.
A new journey begins. The world's best #FIFA18 players will battle it out in the first #FUTChampions Cup #FIFAeWorldCup ➡Barcelona ➡January 26-28, 2018 pic.twitter.com/gsdXZM4Bo2
— EA SPORTS FIFA (@EASPORTSFIFA) December 13, 2017
Fenrir merupakan satu-satunya wakil Asia Tenggara yang layak ke kejohanan berprestij tersebut dan dia tidak mahu melepaskan peluang yang ada.
“Saya melatih diri untuk lebih serius dan fokus ketika bermain. Ibu bapa juga menyokong perjalanan saya ke kejohanan antarabangsa ini asalkan saya mampu seimbangkan pembelajaran saya dan bermain FIFA 18,
" katanya.
Jelas Fenrir, dia mahu menjadi pemain Asia pertama untuk bernaung dalam kelab e-sukan gergasi, Hashtag United.
Fenrir bakal berlepas ke Barcelona pada 22 Januari nanti.
Topic Berkaitan
#Fenrir
#fifa 18
#luqman haziq
#Malaysia Cyber Games
#mcg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan