awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gambar telur terima 'like' tertinggi di Instagram, tewaskan Kylie Jenner

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
14/01/2019
11:38 MYT
Gambar telur terima 'like' tertinggi di Instagram, tewaskan Kylie Jenner
Gambar sebiji telur menjadi gambar yang memperoleh 'likes' paling tinggi di Instagram, menewaskan rekod yang dipegang selebriti sensasi, Kylie Jenner. - Foto Instagram/world_record_egg
GAMBAR telur menjadi gambar yang memperoleh likes (sukaan) paling tinggi di Instagram, menewaskan rekod yang dipegang oleh selebriti sensasi, Kylie Jenner.
Dimuat naik pada 4 Januari lalu menerusi akaun 'world_record_egg', gambar serba ringkas itu menerima lebih 26 juta likes.
Rekod itu sebelum ini dipegang oleh foto anak Kylie, Stormi yang dimuat naik oleh Kylie pada Februari tahun lalu, dengan catatan 18.1 juta likes.
View this post on Instagram
Let’s set a world record together and get the most liked post on Instagram. Beating the current world record held by Kylie Jenner (18 million)! We got this
Menurut portal Buzzfeed, imej itu menewaskan foto Kylie pada petang Ahad (13 Jan). Foto tersebut mendapat purata satu juta likes sejam sebelum ia menjadi gambar yang paling disukai.
Difahamkan, imej itu menjadi satu-satunya gambar objek yang tersenarai dalam senarai 20 gambar dengan jumlah likes tertinggi.
Senarai 20 itu dibarisi beberapa selebriti terkenal dunia seperti Selena Gomez, Beyonce dan pemain bola Cristiano Ronaldo.
Sementara itu, Kylie menerusi laman Instagram memberi reaksi terhadap berita itu. Dengan memuat naik sebuah video, selebriti itu dilihat 'memecahkan' telur di jalan raya.
"Take that little egg," tulis Kylie.
View this post on Instagram
Take that little egg
A post shared by Kylie (@kyliejenner) on
Jan 13, 2019 at 6:04pm PST
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#Instagram
#Kylie Jenner
#likes
#Stormi
#sukaan
#telur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan