awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gaya Koleksi Raya platform lonjak pereka fesyen baharu - Andrew Tan

Saraya Mia
Saraya Mia
15/04/2019
00:20 MYT
Gaya Koleksi Raya platform lonjak pereka fesyen baharu - Andrew Tan
GKR edisi kelima menjadi platform bagi pereka fesyen muda untuk menonjolkan gaya rekaan unik mereka.
Gaya Koleksi Raya 2019 (GKR2019) tertumpu kepada pereka fesyen muda untuk menonjolkan gaya rekaan unik mereka.
Menurut pengasasnya, Andrew Tan, ramai pereka fesyen muda merebut peluang untuk menonjolkan gaya rekaan di pentas GKR kerana ia merupakan platform terbaik bagi pereka baharu dalam industri fesyen tempatan.
“Memberi pendedahan kepada pereka fesyen baharu dan muda adalah keutamaan kami dan kami berharap semua pereka dapat memperkenalkan keunikan rekaan mereka pada tahun ini," kata Andrew.
"Mereka perlu juga fokus terhadap jualan atas talian dan sekali gus menerobos pasaran e-dagang masa ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran GKR2019 di sini, baru-baru ini.
GKR edisi kelima telah berlangsung di Publika Shopping Gallery, Kuala Lumpur pada 11 hingga 14 April 2019 yang bertemakan kepelbagaian menampilkan 35 rekaan koleksi raya jenama tanah air.
Sebahagian koleksi yang dipratontonkan semasa pelancaran Gaya Koleksi Raya 2019
Sebahagian koleksi yang dipratontonkan semasa pelancaran Gaya Koleksi Raya 2019
Antara jenama yang terlibat dengan GKR2019 ialah Maqilla, Amzu Atelier, Ezuwan Ismail, Ghaania, Jubahsouq, dan Tudung People.
Terdapat juga tiga jenama rekaan selebriti terkemuka yang terlibat tahun ini iaitu Fazbulous Raya oleh Fazura, Fattastic Raya oleh Fattah Amin, dan Neonate oleh Karl Shafek Ibrahim.
Sambutan GKR kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu dengan penampilan baju kurung dan baju Melayu berbagai warna.
Topic Berkaitan
#Andrew Models
#Fattah Amin
#Fazura
#fesyen
#Gaya Koleksi Raya
#GKR2019
#hari raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan