Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Go Shop menawarkan rebat berjumlah RM62 kepada para pelanggannya.

Menerusi kempen “Jom Celebrate Sama-Sama”, pelanggan boleh menikmati kadar rebat ini sehingga 16 September 2019 dengan pembelian minimum RM350.

Caranya mudah sahaja, masukkan kod SAMA31.

Sempena sambutan istimewa ini juga, pelanggan dapat menonton program khas oleh chef selebriti seperti Fazley Yakkob, Florence Tan dan Chef Wan.

Mereka bakal berkongsi resepi ikonik Malaysia.

Program khas ini boleh ditonton setiap Isnin, Rabu dan Jumaat dari jam 11 pagi hingga 12 tengah hari secara langsung di saluran 118, 104 dan 123.

Untuk maklumat lanjut mengenai program dan produk Go Shop yang terkini, layari www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop.