awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemerdagangan manusia: Sembilan warga Indonesia diberkas di Pontian
Musk tuntut sehingga US$109.4 bilion daripada OpenAI atas "keuntungan salah"
Penyokong anjur solat hajat perdana, mohon keadilan buat Najib Razak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hadiah hari jadi buat 'bayi Disember' - Zoo Negara

Astro Awani
Astro Awani
04/12/2017
15:37 MYT
Hadiah hari jadi buat 'bayi Disember' - Zoo Negara
Tiket kemasukan percuma itu adalah sebahagian daripada promosi selain menggalakkan lebih ramai pengunjung untuk datang ke Zoo Negara semasa cuti persekolahan.
Zoo Negara menawarkan tiket percuma termasuk ke Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) kepada pengunjung yang menyambut hari lahir dari 1 hingga 31 Disember tahun ini.
Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly@Rahmat Ahmat Lana berkata, tiket kemasukan percuma itu adalah sebahagian daripada promosi selain menggalakkan lebih ramai pengunjung untuk datang ke Zoo Negara semasa cuti persekolahan.
"Jika mereka lahir pada 1 Disember, maka mereka akan diberi tiket percuma sepanjang hari berkenaan termasuk ke GPCC.
"Pengunjung yang layak sahaja perlu menunjukkan kad pengenalan mereka di kaunter tiket untuk mendapatkan tiket percuma itu," kata Rosly.
Rosly berkata demikian bagi mengesahkan kenyataan tular di media sosial, baru-baru ini mengenai tiket percuma.
Bagi pengunjung yang lain, harga tiket dewasa bagi warganegara Malaysia adalah RM44 seorang dan RM16 bagi kanak-kanak berusia 2 hingga 12 tahun sementara warga emas berumur 60 dan ke atas dikenakan bayaran RM21.
Topic Berkaitan
#bayi disember
#GPCC
#Panda
#zoo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan