Hilang kerja, isteri pula minta cerai; kempen di Twitter berjaya kumpul RM 2,000

Hilang kerja, isteri pula minta cerai; kempen di Twitter berjaya kumpul RM 2,000
Pelbagai usaha dilakukan untuk mencari kerja halal, namun semuanya menemui jalan buntu.
HIDUP manusia tidak lepas daripada diduga. Namun tatkala dugaan itu berat untuk dihadapi bersendirian, ketika itulah Tuhan mengirimkan seseorang untuk bersama-sama membantu meringankan bebanan itu.

Seorang pengguna Twitter dengan nama pengguna TheUsopIbrahim, menjadi perhatian warga media sosial selepas satu kisah yang dimuat naik pada Selasa.

Kisah sedih itu berkenaan pertemuan Usop dengan seorang lelaki yang dirahsiakan identitinya.
Pertemuan singkat itu memberi peluang untuk Usop merasai betapa lelaki itu sedang diuji dengan satu dugaan yang cukup hebat.

Hilang pekerjaan sebagai pengawal keselamatan, dan kini si isteri pula meminta cerai. Anak yang masih kecil perlu diuruskan keperluannya. Pelbagai usaha dilakukan untuk mencari kerja yang halal, namun semuanya menemui jalan buntu.






Bantuan yang diharap dari pihak-pihak tertentu pula, dakwa Usop, tidak dapat direalisasikan.








Dan rakyat Malaysia sekali lagi membuktikan penyatuan hati mereka apabila bersama-sama menghulurkan bantuan untuk meringan bebanan yang ditanggung lelaki itu.

Bermula dengan bantuan kecil iaitu meminjamkan pemetik api, ia kemudiannya membawa kepada bantuan yang lebih besar, di mana Usop berjaya mengumpulkan lebih RM2,000 melalui media sosial, untuk membantu lelaki itu dan keluarganya melalui kehidupan untuk sebulan lagi. 


Menerusi cerita Usop, lelaki berkenaan telah pun mendapat kerja.

Bantuan kepada lelaki itu sudah pun diserahkan petang semalam.