awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hilangkan sakit kepala tanpa ubat tahan sakit

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
12/10/2018
20:16 MYT
Hilangkan sakit kepala tanpa ubat tahan sakit
Ubat tahan sakit bukan cara yang terbaik untuk menghilangkan sakit kepala - Astro AWANI
SAKIT kepala atau migrain bukan sesuatu yang menyenangkan. Bukan sahaja ia boleh menganggu tugas seharian, malah boleh membuatkan kita hilang selera makan dan juga meningkatkan tekanan.
Selalunya apabila mengalami sakit kepala atau migrain, benda pertama yang selalunya kita cari ialah ubat tahan sakit.
Namun tahukah anda, sakit kepala yang ringan boleh dikurangkan tanpa ubat tahan sakit?
Ini lima petua alternatif untuk mengurangkan gejala sakit kepala.
Limau Kasturi
Ini merupakan petua orang lama. Apa yang anda perlu lakukan ialah ambil limau kasturi yang sudah dibelah dah perahkan limau tersebut di atas kepala sambil meramasnya.
Kemudian kulit limau kasturi yang telah diperah itu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi air bersih dan direndam buat seketika.
Kemudian tuangkan air itu ke atas kepala dan //bandan selepas selesai meramas air perahan limau tersebut.
Limau kasturi
Limau kasturi
Ais
Ais juga boleh digunakan untuk melegakan sakit kepala. Anda hanya perlu gunakan pek ais atau sekiranya tiada, gunakan sahaja ais yang dibalut dengan kain, dan anda gosokkan di leher dan kepala anda untuk merehatkan ketegangan di kepala anda.
Ais
Ais
Rehatkan Diri
Kalau anda rasa stres semasa kerja , apa kata anda rehatkan diri dahulu. Berehat lima ke 15 minit, ambil masa ini untuk minum air atau dengar lagu-lagu yang boleh membuat minda anda berehat seketika. Atau ambil masa selama 30 minit untuk tidur seketika, walaupun hanya 30 minit ia mampu memberikan kesegaran kepada badan anda dan bekerja seperti biasa.
Rehatkan diri
Rehatkan diri
Rendam kaki dalam air panas
Lagi satu cara hilangkan sakit kepala adalah dengan merendamkan kaki anda di dalam bekas air panas. Dengan ini anda boleh menarik pengaliran darah ke bahagian bawah badan dan dapat mengurangkan tekanan ke atas bahagian kepala anda.
Selepas rawatan rendaman kaki selama 30 minit, anda dapat rasakan kelegaan dari sakit kepala tadi. Cara hilangkan sakit kepala dengan cara rendam kaki ini sesuai dilakukan di rumah sahaja. Jika di pejabat, tentu sekali sukar!
Rendam kaki
Rendam kaki
Kurangkan MSG
Monosodium glutamat (MSG) ditambah dalam makanan untuk meningkatkan rasa. Ia berasal dari asid amino, dipanggil asid glutamik, yang wujud secara semula jadi dalam pelbagai jenis makanan. Ramai orang yang mengalami sakit kepala mendapati bahawa makanan yang mengandungi MSG mencetuskan migrain atau lain-lain jenis sakit kepala, mungkin disebabkan oleh hakikat bahawa ia merangsang neuron. Jadi kurangkan pengambilan MSG dalam makanan juga mampu mengelakkan anda dari sakit kepala dan migrane .
Kurangkan pengambilan MSG
Kurangkan pengambilan MSG
Jangan lupa juga untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan minum air masak mengikut keperluan badan anda setiap hari.
Ini merupakan cadangan kepada anda untuk mengurangkan sakit kepala atau migrane, tetapi sekiranya sakit kepala anda masih lagi teruk , jangan lupa untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat dari mereka.
SELAMAT MENCUBA!
Topic Berkaitan
#panadol
#sakit kepala
#Tips
#petua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan