Tutup

Iklan bertemakan kemanusiaan tarik perhatian juri di YouTube Malaysia Ad Awards 2018

Iklan bertemakan kemanusiaan tarik perhatian juri di YouTube Malaysia Ad Awards 2018
Ketua Negara Google Malaysia, Marc Woo berkata iklan TNB tersebut berjaya memikat hati para juri serta penonton dan ia merupakan satu bukti penceritaan digital yang menarik. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Iklan bertemakan kemanusiaan oleh syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjaya menarik perhatian panel juri dan seterusnya dinobatkan sebagai Iklan Terbaik di YouTube Ads Awards Malaysia 2018 yang berlangsung pada Jumaat malam.

Ketua Negara Google Malaysia, Marc Woo berkata iklan tersebut berjaya memikat hati para juri serta penonton dan ia merupakan satu bukti penceritaan digital yang menarik.
“YouTube sentiasa mengalu-alukan hasil usaha kreatif yang baru dan progresif selain terus menjadi pilihan utama dalam platform pengiklanan jenama-jenama serta pencipta kandungan untuk berkembang.

“YouTube Malaysia Ad Awards 2018 ini diadakan bagi meraikan hasil-hasil karya hebat yang telah bertapak di laman video dan sosial paling berpengaruh dunia sepanjang tahun lalu, kata Woo ketika hadir di anugerah tersebut.
Menerusi penyertaan iklan ‘Rumah Epik Fantastik’ yang ditayangkan bersempena Hari Raya tahun ini, TNB juga memenangi anugerah untuk kategori ‘Iklan Penceritaan Format Panjang Terbaik’.

Menerusi penyertaan iklan ‘Rumah Epik Fantastik’ yang ditayangkan bersempena Hari Raya tahun ini, TNB juga memenangi anugerah untuk kategori ‘Iklan Penceritaan Format Panjang Terbaik’.

Iklan yang berdurasi empat minit dan tujuh saat itu menceritakan suasana dan perkara yang mencuit hati berlaku di kampong apabila tibanya musim balik Raya.

Selain itu, lapan jenama lain turut menerima anugerah pada malam tersebut antaranya Mitsubishi Malaysia, Allianz General Insurance, Milo Malaysia, Sunsilk, Samsung Malaysia, Digi, Traveloka dan juga McDonald’s.


Tag: Google, YouTube, TNB, Marc Woo, YouTube Ads Awards Malaysia 2018, hari raya, Malaysia, iklan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.