awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RUU Jenayah Siber dijangka dibentangkan Mac ini - Ahmad Zahid
Lagi pegawai kanan tentera ditahan, disyaki terlibat rasuah
Dakwaan salah laku dan rasuah, Jabatan Penjara serah siasatan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

iPhone 7: Fon telinga tanpa wayar buat netizen terpinga-pinga

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
08/09/2016
06:08 MYT
iPhone 7: Fon telinga tanpa wayar buat netizen terpinga-pinga
Ciri fon telinga tanpa wayar buat ramai yang berfikir dua kali sebelum membuat keputusan membeli siri terbaharu iPhone ini.
HARI yang dinanti-nantikan penggemar telefon pintar tiba semalam, apabila Apple melancarkan siri terbaharu iPhone, iaitu iPhone 7.
Syarikat pengeluar telefon terkemuka itu mengadakan acara memperkenalkan model terbaharu mereka itu di Auditorium Bill Graham Civic, San Francisco, pada Rabu.
Dalam acara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Apple Inc, Tim Cook, turut memperkenalkan Apple Watch Siri 2.
FON TELINGA TANPA WAYAR
Antara ciri terbaharu iPhone 7 dan 7 Plus ini ialah sistem operasi iOS 10, kalis air dan debu, butang 'Home' yang dinaik taraf dengan lebih banyak fungsi, skrin retina HD dan dua kamera belakang 12 MP (hanya untuk iPhone 7 Plus).
Paling mendapat perhatian tentu sekali mengenai keputusan Apple untuk tidak menyediakan palam fon telinga pada rekaan baharu ini. Oleh itu, bagi mereka yang memerlukan sokongan audio, Apple menawarkan dua pilihan.
Pertama adalah earpods yang menggunakan fon telinga yang hanya boleh disambung kepada port Lightning (maksudnya earpods itu tidak boleh digunakan serentak sewaktu mengecas bateri).
Pilihan kedua adalah Airpods. Ia adalah fon telinga tanpa wayar, yang mengetengahkan cip W1 bagi memastikan fungsi keterhubungan yang baik. Ia juga dilengkapi pengesan infra merah yang membolehkan audio dimainkan hanya apabila setiap satu AirPod disematkan di telinga.
Di laman sosial, ramai yang sinikal dan tidak pasti sejauh mana mereka akan menyukai ciri terbaharu ini.
i like everything but the part about the headphones :/ #iPhone7
— steph (@HispanicShawty) September 8, 2016
So if I get an iPhone 7, I have to get the new wireless headphones for another $159 JUST to listen to anything on my phone... #salty
— Kenzie Richardson (@KenzieBean95) September 8, 2016
I've already lost my headphones for this iphone 7
— MAMASITA (@ElisitaTheTiger) September 8, 2016
there's no more of headphones saving your phones life when you drop it with the iphone 7
— cruddy cam (@camihanixman) September 8, 2016
that iPhone 7 don't have a headphones jack I don't want it then
— taty(@_allontxtk) September 8, 2016
IPhone 7 is freaking stupid id never want a phone you have to have wireless headphones for..no thank you
— dev(@devincakes25) September 8, 2016
iPhone 7 has wireless headphones? I haven't even bought it and ALREADY lost them
— George Couston (@Cous_21) September 8, 2016
I quite like the iPhone 7 except the headphones thingy but I might buy one if I can afford it somehow— Yemi (@admiringnjhoran) September 8, 2016
Kinda don't want the iPhone 7 bc there's no where to plug in headphones
— BritneyStreeter(@britneybatch) September 8, 2016
Airpods akan mula berada di pasaran sekitar Oktober ini pada harga dalam lingkungan AS$159 (RM645) sepasang.
iPhone 7 akan berada di pasaran di seluruh dunia secara berperingkat, bermula 16 September ini.
Topic Berkaitan
#Apple
#earpod
#iPhone 7
#telefon pintar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan