Tutup

Ismail Izzani sampaikan sajak sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia

Ismail Izzani sampaikan sajak sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia
Sempena hari kanak-kanak sedunia, duta remaja Unicef, Ismail Izzani menyampaikan sajak nukilan Lily Jamaludin yang bertajuk Rain Drops - Foto Unicef Malaysia
KUALA LUMPUR: Setiap kanak-kanak sudah pasti mempunyai impian yang besar.

Ada yang ingin menjadi seorang guru, dan ada juga yang bercita-cita ingin menjadi seorang doktor.

Mereka merupakan insan yang sangat bermakna dalam dunia kerana mereka akan menjadi pemimpin  pada masa akan datang.

Namun, bagaimanakah kita sebagai orang dewasa membawa mereka untuk mencapai impian dan cita-cita mereka?
Sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia, duta remaja Unicef, Ismail Izzani menyampaikan sajak nukilan Lily Jamaludin yang bertajuk Rain Drops.

Sajak yang ditulis oleh Lily ini, mengisahkan perjalanan dan juga impian yang kanak-kanak inginkan di dalam hidup mereka.
 

Astro AWANI juga ada mendapatkan beberapa orang kanak-kanak dan bertanyakan kepada mereka apa yang mereka inginkan.

Mari sama-sama kita dengar apa impian mereka.


Jadi apa janji anda pada kanak-kanak di dunia?


Tag: Unicef Malaysia, Hari Kanak-Kanak Sedunia, Ismail Izzani, Lily Jamaludin, Rain Drops, Anak Malaysia



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.