"Jangan biadap!”
Ini skrip aktor Beto Kusyairy yang saya paling suka dalam drama Istanbul Aku Datang.
Tapi beberapa hari lepas, ramai pula yang biadap secara berjemaah di Facebook Dr. Harlina Halizah Siraj. Semuanya gara-gara tindakan beliau menegur seorang penjual online yang memanggilnya dengan panggilan “awak”.
Bantu saya faham. Apa masalahnya? Adakah kerana beliau menegaskan gelaran “Dr.”?
“Dia tu riak. Tak layak menegur.”
Mungkin itulah yang menyebabkan orang marah sangat dengan Dr. Harlina. Walau bagaimana lembut dan berhemah posting di Facebook Dr. Harlina itu, semuanya tidak ternampak kerana gelaran “Dr.” Itu jauh lebih besar daripada maksud sebenar yang cuba disampaikan.
BACA: Tegur peniaga guna gelaran 'awak', doktor jadi mangsa manipulasi netizen
Mungkin sebab itu teguran tersebut susah diterima, lantas menjadi bahan kutukan dan menghalalkan lemparan kata-kata kesat kepada wanita berusia 50 tahun ini.
Alangkah miskinnya nilai budi kita, ya?
Ada seseorang pernah beritahu saya, untuk mencapai tahap kematangan tinggi kita perlu melatih diri agar berupaya melihat gambaran besar atau ‘big picture’ supaya pertimbangan kita mengambil kira semua aspek sebelum menghukum atau buat keputusan.
Gambaran kecilnya, Dr. Harlina menegur seorang penjual online tentang gelaran dan kata ganti nama.
Gambaran lebih besar, yang ditegur Dr Harlina adalah tentang adab dan budi bahasa. Lagikan pula individu itu berniaga. Ini satu peluang untuk usahawan ini berubah ke arah yang lebih baik.
Seorang tenaga pengajar dalam kelas yang saya selalu hadiri pernah berkongsi: “People buy because of you. People buy because of emotion. People buy because of their reasons, not yours.”
Inilah betapa pentingnya komunikasi dalam berniaga. Inilah yang Dr. Harlina cuba bantu didik. Tapi kita cuma nampak gelaran “Dr.”.
Ada pula yang komen, gelaran “awak” lebih baik daripada “kau”. Bukan itu masalahnya. Fokus! Isunya adab dan hormat, bukannya “it can be worse”.
Kalau tak boleh nampak juga, cuba lihat dalam konteks berbeza. Bayangkan, adakah manis seseorang datang ke rumah anda sebagai calon menantu dan memanggil ibu anda dengan panggilan “awak”? Jangan lupa, Dr. Harlina ini sebaya Mak kita.
Saya pasti penekanan kepada gelaran “Dr.” itu bukanlah berniat untuk menunjuk-nunjuk, tetapi lebih kepada memberi contoh supaya perkhidmatannya lebih baik pada masa hadapan. Ambillah yang baik. Jangan mudah melatah. Kalaupun beliau memang riak, itu bukan masalah kita.
Saidina Ali kata, "Jangan melihat siapa yang bicara tapi lihatlah apa yang dibicarakan." Bersangka baiklah, dan berfikiran terbuka. Benda yang salah kita jangan halalkan hanya kerana perkara remeh.
Jika di Indonesia, gelaran Ibu, Bapak dan Mas digunakan dalam perbualan walaupun tidak formal, mengapa kita tak boleh? Bukankah lebih manis? “Awak” dan “saya” itu kita simpan untuk rakan-rakan yang rapat.
Tapi itu kalau kita mahu yang baiklah. Kalau tak mahu, terpulang. Bahasa itu melambangkan peribadi, kata Dr. Harlina. Takkan itu pun kita nak nafikan?
Memang gelaran tak bawa ke mati, tapi janganlah lupa budi baik dan kesopanan ada tertulis pahala juga.
Betulkan yang biasa, biasakan yang betul. Betul tak?
Maisarah Atan adalah seorang warga di Astro AWANI yang prihatin mengenai perkembangan semasa
Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tiada kaitan dengan Astro AWANI
Maisarah Atan
Sat Apr 09 2016
Dr. Harlina menegur si peniaga agar lebih bersopan dalam perbualan dengan pelanggan. Foto/Facebook Harlina Halizah Siraj
ADUN Sungai Bakap ditidurkan akibat keradangan perut
Muhammad Fauzi dimaklumkan oleh ahli keluarga Nor Zamri berhubung keadaan kesihatan beliau yang ketika ini ditidurkan.
NCEC setuju transformasi perundangan sisa pepejal diadakan - KPKT
Mesyuarat NCEC bersetuju mengadakan transformasi perundangan bagi sisa pepejal.
AirAsia yakin mampu harungi pergerakan mata wang tidak menggalakkan, kenaikan harga bahan api
AirAsia yakin mampu tangani kenaikan harga bahan api dan pergerakan mata wang tidak menggalakkan yang berpanjangan, yang terus meningkatkan cabaran global.
JPN pergiat masuk pedalaman kampung Orang Asli, daftar sijil kelahiran, MyKad
JPN mempergiatkan inisiatif memasuki kawasan pedalaman Orang Asli bagi mengurangkan kelewatan daftar kelahiran dan MyKad komuniti itu.
Semakan gaji penjawat awam adalah wajar untuk hadapi inflasi - Ahli ekonomi
Semakan gaji penjawat awam adalah munasabah, sudah lama tertunggak dan wajar untuk menghadapi inflasi, kata seorang ahli ekonomi.
Isu terpalit FAM tak jejas Harimau Malaya - Faisal
Faisal sifatkan barisan pemain skuad kebangsaan tidak terjejas dengan isu yang terpalit Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini.
Kenaikan gaji: Tingkat produktiviti, kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat - KPPA
Semua anggota perkhidmatan awam perlu meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat seiring pengumuman kenaikan gaji.
Johor bakal anjur acara sukan bertaraf antarabangsa
Kerajaan Johor akan menganjurkan beberapa acara bertaraf antarabangsa tahun ini dalam menjadikan negeri itu sebagai destinasi pelancongan sukan.
Turkiye sertai Afrika Selatan tuduh Israel di ICJ
Turkiye akan menyerahkan pengisytiharan campur tangan rasmi kepada ICJ dengan objektif membantu mempercepatkan tindakan ke atas Israel.
Asmaa berjalan kaki berjam lamanya demi roti
Situasi di Gaza jauh berbeza dengan tempat-tempat lain. Bangunan musnah, ditambah ketiadaan sumber asas - tempat tinggal, bekalan air serta makanan...pastinya terlintas di fikiran bagaimana kehidupan seharian mereka di saat nyawa sentiasa menjadi ancaman. Menyelami kehidupan masyarakat Palestin di Gaza, ada yang terpaksa berjalan berjam-jam lamanya ke satu tempat untuk mendapatkan alas perut buat keluarga.
Isu Dr Harlina: Tegur pun salah, miskinnya nilai budi kita
Seorang doktor wanita tiba-tiba sahaja menjadi perhatian netizen hanya kerana tegurannya tentang adab dalam urusan rasmi.
Tegur peniaga guna gelaran 'awak', doktor jadi mangsa manipulasi netizen
Dr. Harlina minta peniaga gunakan gelaran yang bersesuaian, kerana bahasa melambangkan keperibadian seseorang.