HALIA ialah sejenis rempah berakar dengan rasa pedas, yang memiliki sifat perubatan dan manfaat kesihatan.

Tahukah anda, halia digunakan di serata dunia dalam pelbagai hidangan?

Ia banyak tumbuh di negara-negara bercuaca panas termasuk di China, India, Afrika, rantau Caribbean dan sudah pasti di nusantara.

Pada zaman pemerintahan Dinasti China, mereka telah mencadangkan penggunaan halia bagi melawan loya, radang, mengurangkan osteoarthritis, membantu mengawal kolestrol dan melegakan kesakitan haid.

Ianya antara bahan versatil yang boleh ditambahkan dalam minuman smoothie,, sayuran, kari atau kuah, sup mahupun teh halia. Satu sudu kecil halia segar mengandungi 4.8 kalori, 1.07 gram karbohidrat, 0.12 gram serat diet, 0.11gram protein, 0.05 gram lemak dan 0.1 gram gula.

Berikut Astro AWANI kongsikan 10  khasiat halia yang mungkin anda tidak tahu.

1) Mengurangkan keradangan

Halia mengandungi sebahagian daripada analgesik yang kuat atau dikenali sebagai ubat penahan sakit dan bersifat sebagai pencegah keradangan yang mana berkesan dalam mengurangkan sakit dan bengkak bagi pesakit penghidap osteoarthritis dan rheumatoid arthritis.

bersifat sebagai pencegah keradangan yang mana berkesan dalam mengurangkan sakit

2) Melegakan loya

Sebatian aktif dalam halia bertindak sebagai ubat yang berkesan untuk melegakan loya yang berkait dengan mabuk. Dengan mengambil 1 gram halia setiap hari ia dapat membantu mengurangkan loya bagi wanita mengandung yang sering mengalami alahan ‘morning sickness’.

3) Mengurangkan kesakitan haid

Mengambil halia pada awal tempoh haid boleh mengurangkan gejala sakit haid tatkala datang bulan, atau dysmenorrhea dalam kalangan wanita. Teh halia juga sering digunakan dalam rawatan sakit haid.

Teh halia juga sering digunakan dalam rawatan sakit haid

4) Merendahkan paras kolestrol

Menurut ramai pengkaji, halia membantu dalam merendahkan paras ‘Low Density Lipoproteins’ atau kolestrol buruk, yang dikenali sebagai peningkat risiko bagi kadar sakit jantung. Bagi mendapatkan hasil yang terbaik tambahkan halia dalam diet seharian.

5) Menguatkan imuniti

Halia membantu dalam memperbaiki imuniti dalam badan. Dengan pengambilan hirisan kecil halia sehari, dapat membantu dalam mengurangkan risiko penyakit strok dengan menghapuskan lemak yang terkumpul di dalam saluran arteri.

6) Membantu penghadaman

Pengambilan halia menggalakkan pundi hempedu merembeskan cecair coklat kekuningan atau dikenali sebagai ‘bile’, yang meransang penghadaman. Halia juga mampu melegakan kejang perut, diarrhea dan kembung yang disebabkan oleh gastritis. Kita boleh mengambil halia dalam bentuk teh atau makanan tambahan untuk membantu penghadaman.

7) Mengurangkan berat badan

Halia mampu bertindak sebagai agen pembakar lemak bagi menghapuskan lemak tepu di dalam badan. Ia juga membantu dalam proses penghadaman dan meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan.

8) Mencegah pertumbuhan sel kanser

Hadirnya satu kompaun di dalam halia yang dikenali sebagai 6-gingerol menjadi agen pencegah sel kanser. Terutamanya dalam rawatan kanser payudara dan juga kanser ovari.

Hadirnya satu kompaun di dalam halia yang dikenali sebagai 6-gingerol menjadi agen pencegah sel kanser.

9) Dapat melegakan batuk dan sakit tekak

Potongkan sedikit halia segar menjadi kepingan kecil dan masukkan ke dalam air yang mendidih selama 3-5 minit. Biarkan ia terendam seketika kemudian campurkan madu secukup rasa dan minum ketika air dalam keadaan hangat atau suam bagi melegakan sakit tekak.

10) Mengurangkan sakit kepala

Kunyah sedikit halia mentah atau rebus halia di dalam air kemudian hidu wap yang terhasil. Selain itu, kaedah penggunaan serbuk halia kering yang dicampurkan dengan sedikit air dan sapukan didahi dapat membantu megurangkan sakit kepala.

Itu hanya sebahagian daripada banyak khasiat halia yang boleh didapati. Anda juga mungkin mempunyai petua atau rahsia tentang halia. Apa kata kongsikan bersama kami.