awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah individu terkaya Malaysia bertambah

Cynthia Ng
Cynthia Ng
05/04/2018
04:47 MYT
Jumlah individu terkaya Malaysia bertambah
Knight Frank turut meramalkan individu amat kaya di Malaysia akan meningkat 65 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang. - Gambar hiasan
Bilangan individu amat kaya di Malaysia meningkat 11 peratus kepada 310 orang pada 2017 berbanding tahun sebelumnya, berdasarkan laporan The Wealth Report 2018 oleh Knight Frank.
Pada 2016, bilangan individu amat kaya di Malaysia adalah 280.
Firma perundingan harta global itu merujuk individu amat kaya sebagai golongan yang memiliki kekayaan atau aset bersih sekurang-kurangnya AS$50 juta (RM193 juta) atau lebih.
“Faktor peningkatkan itu, antara lain, dipacu kekuatan ringgit yang mencatat pengukuhan sekitar 15 peratus (berbanding dolar) pada 2017. Selain itu, perkembangan sektor-sektor seperti e-dagang dan pembuatan di Malaysia turut membantu,” kata Ketua Penyelidikan Knight Frank bagi Asia Pasifik Nicolas Holt selepas mengumumkan hasil laporan itu.
“Namun, ini perlu dilihat dari segi konteks global kerana peningkatan kekayaan golongan ini di Malaysia selaras dengan pemulihan ekonomi, pengukuhan pasaran saham dan hartanah secara global.”
Knight Frank turut meramalkan individu amat kaya di Malaysia akan meningkat 65 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang, selaras dengan pertumbuhan di Asia.
“Pertumbuhan di Asia dalam tempoh lima tahun akan datang kelihatan amat optimis. China dijangka akan menyumbang 47 peratus daripada 20,000 individu amat kaya baharu di Asia,” tambah Holt.
Sementara di peringkat global, Amerika Utara kekal mencatatkan kelompok individu amat kaya teramai dengan 44,000 individu.
Rantau Asia, buat kali pertama, mengatasi Eropah dengan 35,880 individu amat kaya, iaitu peningkatan 15 peratus pada 2017 berbanding tahun sebelumnya.
Eropah mencatatkan 35,180 individu amat kaya, diikuti oleh Asia Barat 4,740. Secara keseluruhannya, individu amat kaya di dunia seramai 129,730.
BACA: Bilionair sedunia makin kaya, mereka sepatutnya mampu akhiri kemiskinan global 7 kali
Topic Berkaitan
#individu terkaya
#isu semasa
#Knight Frank
#Malaysia
#Nicolas Holt
#The Wealth Report 2018
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan