Hasil kaji selidik program Cybersafe Malaysia menunjukkan kanak-kanak di negara ini beralih kepada laman web yang mempunyai unsur jenayah ketika melayari internet.
Menurut Pengurus Program itu, Philip Ling, mereka kini cenderung untuk mengakses laman web yang mempunyai maklumat berhubung penggunaan dadah, senjata api serta kaedah membunuh diri.
Beliau berkata, penemuan terbaru ini merupakan antara risiko baru hasil kaji selidik kebangsaan 2015 yang telah dilakukan ke atas 18,000 pelajar berusia antara 11 hingga 18 tahun membabitkan 216 sekolah di negara ini sepanjang Februari hingga Ogos lalu.
"Statistiknya masih dalam lingkungan 1.2 ke 1.9 dari skala terbesar lima, yang mengakui mengunjungi laman-laman web seperti penggunaan senjata api, dadah, kaedah bunuh diri dan juga laman web kumpulan aneroxia," kata Philip ketika ditemui Astro AWANI.
Pada masa sama, hasil kaji selidik kedua itu turut mendapati rata-rata pelajar 'merahsiakan' apa yang mereka layari dari pengetahuan ibu bapa.
"Jurang paling besar yang boleh kita bandingkan dengan hasil kajian pada 2014 adalah antara ibu bapa dan anak-anak mereka. Masih ramai kanak-kanak yang takut ibu bapa menghalang penggunaan internet jika mereka memaklumkan apa yang telah mereka lakukan, sama ada mengunjungi laman web yang salah mahupun dibuli di ruang siber," kata Philip.
Namun begitu, keputusan kajian ini turut menunjukkan tindak balas positif apabila rata-rata pelajar mula memahami apa yang mereka perlu lakukan sekiranya dibuli.
Untuk panduan ibu bapa, kajian yang dijalankan hasil kerjasama syarikat telekomunikasi DIGI dan Cybersecurity Malaysia boleh dimuat turun di laman www.safeinternet.my.
"Tak ramai ibu bapa tahu apa aplikasi terkini yang diguna oleh anak-anak mereka selain Facebook dan Instagram. Dari kajian yang kita lakukan, kanak-kanak sekarang mula menggunakan aplikasi seperti Wechat, Snapchat, Firechat dan Tinder.
"Dalam buku panduan yang kita terbitkan ini, kita turut mengajar ibu bapa apakah kegunaan aplikasi ini dan kesan kepada anak-anak mereka, contohnya aplikasi Tinder yang diadakan bertujuan untuk bertemu dan berkenalan," jelas Philip.
Azyyati Ahmad
Wed Dec 23 2015
Hasil kaji selidik program Cybersafe Malaysia menunjukkan kanak-kanak di negara ini beralih kepada laman web yang mempunyai unsur jenayah ketika melayari internet. - Gambar Hiasan
PM Australia gelar Elon Musk jutawan sombong, ingkar arahan kerajaan
Mahkamah Australia telah mengarahkan platform X menyembunyi beberapa hantaran mengulas insiden kes tikam seorang paderi di Sydney sekali gus memburukkan perang mulut antara pemilik platform media sosial Elon Musk dan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese.
Gempa bumi sederhana landa Taiwan
Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Taiwan pada 8.04 pagi ini.
Kerja pemasangan sistem projek ECRL dijangka bermula Mei depan
Kerja-kerja pemasangan di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melibatkan pembinaan sistem elektrifikasi, semboyan dan telekomunikasi bagi pengoperasian kereta api penumpang dan kargo dijangka bermula Mei d
Portal MYStartup dilancar, platform sehenti untuk syarikat pemula
MYStartup Single Window direka untuk memupuk kerjasama, inovasi dan jangkauan global, menawarkan maklumat yang teratur kepada pengasas, pelabur dan bakat teknologi.
Penyiasatan melalui data sistem pemantauan penerbangan
Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Prof Madya MEJAR Dr Mohd Harridon Suffian, berkata usaha mengenalpasti data penting akan ditumpukan oleh pasukan mencari dan menyelamat bagi melengkapkan siasatan berhubung nahas.
Penampilan kelima di Olimpik bukan sekadar melengkapkan penyertaan - Azizulhasni
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bakal menjadi atlet lelaki pertama Malaysia beraksi di lima Sukan Olimpik berturut-turut.
Nahas Helikopter: TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca dua helikopter yang terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM Ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, pada 9.32 pagi, Selasa.
Kronologi kejadian helikopter terhempas di Malaysia
Kemalangan melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM, merupakan kejadian kelapan seumpama itu dalam tempoh sembilan tahun lepas.
'Malaysia ada kelebihan di Piala Thomas'
Pemain profesional negara Cheam June Wei menyifatkan pasukan negara mempunyai kelebihan tersendiri pada pertarungan pusingan pertama bertemu Hong Kong pada kejohanan Piala Thomas 2024.
Nahas helikopter Lumut: 'Hari yang amat menyedihkan buat kita semua' - MB Perak
Saarani turut mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga wira-wira TLDM yang terlibat dalam tragedi kemalangan helikopter itu.
Kanak-kanak Malaysia mula cenderung layari laman web jenayah - Kajian
Hasil kaji selidik program Cybersafe Malaysia menunjukkan kanak-kanak di negara ini beralih kepada laman web yang mempunyai unsur jenayah ketika melayari internet.
Ancaman siber: Sejauh mana kesedaran ibu bapa terhadap risiko kepada anak-anak?
Satu kaji selidik mendapati sebahagian besar pelajar tidak mengambil langkah perlindungan secukupnya ketika berkomunikasi dalam talian dan melayari kandungan internet.