Kanser menyumbang sebanyak 13.56 peratus kematian di Malaysia tahun lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata ia merupakan penyebab ketiga kematian di negara ini selepas penyakit pada sistem pernafasan iaitu 18.54 peratus dan penyakit pada sistem peredaran 22.77 peratus.
Dr Noor Hisham berkata berdasarkan MNCR (Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan) 2007-2011, seramai 103,507 kes kanser baharu didiagnosis di Malaysia bagi tempoh berkenaan, yang mana 46,794 kes (45.2 peratus) merupakan pesakit lelaki manakala wanita sebanyak 56,713 kes (54.8 peratus).
"Seperti yang dinyatakan dalam laporan itu, risiko lelaki mendapat kanser ialah satu dalam 10 manakala wanita satu dalam sembilan.
"Lima kanser yang paling biasa dihidapi lelaki ialah kanser kolorektum sebanyak 16.3 peratus, paru-paru (15.8 peratus), nasofarinks (8.1 peratus), limfoma (6.8 peratus) dan prostat (6.7 peratus)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagi wanita pula, lima kanser yang biasa dikesan golongan itu ialah kanser payudara sebanyak 32.1 peratus, kolorektum (10.7 peratus), serviks uteri (7.7 peratus), ovari (6.1 peratus) dan paru-paru (5.6 peratus).
Dr Noor Hisham berkata laporan MNCR seterusnya adalah bagi data dari tahun 2012 hingga 2014 dan kini ia sedang dalam proses menyiapkan pengumpulan data.
Beliau berkata Daftar Kanser Malaysia menuju ke arah automasi pemberitahuan kanser dengan menggunakan Sistem Maklumat Daftar Pesakit (PRIS).
Sistem itu merupakan aplikasi web dibangunkan oleh Health Informatics Centre (HIC) Kementerian Kesihatan yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
"PRIS merupakan aplikasi web yang mana data boleh didaftarkan secara elektronik dan akhirnya disalurkan ke Gudang Data Kesihatan Kebangsaan (MyHDW).
"Sistem ini dijangka akan membantu pengumpulan data lebih cepat dan memudahkan penerbitan laporan pendaftaran itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 25 2016
Kanser merupakan penyebab ketiga kematian di negara ini selepas penyakit pada sistem pernafasan iaitu 18.54 peratus dan penyakit pada sistem peredaran 22.77 peratus. - Foto keywordsuggest.org
TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji
Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia, petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.
Penunjuk perasaan dihentikan basikal polis Michigan
Penunjuk perasaan di luar Muzium Seni Universiti Michigan ditolak anggota polis menggunakan basikal mereka pada Jumaat malam.
Perdana Menteri bakal rasmi peluncuran NACS, strategi baharu perangi rasuah
Kerajaan akan melancarkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (National Anti-Corruption Strategies, NACS) 2024-2028.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Jumlah mangsa banjir di daerah ini kekal 300 orang daripada 69 keluarga.
Malaysia terus komited sokong OIC
Malaysia terus berpegang teguh kepada sokongan terhadap pertubuhan kerjasama islam (OIC) dalam mempromosi keamanan, keselamatan dan pembangunan ummah.
PM Anwar hadir Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Pulau Pinang
Perdana Menteri menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Pulau Pinang di Tapak Pesta Sungai Nibong, George Town.
Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas
Masih terlalu awal untuk membincangkan isu pertukaran kepemimpinan di Perlis susulan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli kini disiasat SPRM.
Linkin Park bakal reunion, vokalis Evanescence ganti mendiang Chester Bennington?
Satu sumber memberitahu kumpulan legenda Linkin Park akan reunion sekali gus melakukan siri jelajah konsert pada 2025.
Lebih dua suspek dipercayai terlibat kes samun Akhyar Rashid
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata ia berdasarkan keterangan mangsa.
Sentuhan berbisa Erling Haaland hakis kegusaran Guardiola
Kemenangan itu melanjutkan rekod tanpa kalah Man City dalam EPL kepada 20 perlawanan.
O.J. Simpson meninggal dunia akibat kanser
Bekas bintang bola sepak Amerika Syarikat (AS), O.J. Simpson yang pernah terpalit dengan kontroversi pembunuhan berkembar meninggal dunia pada usia 76 tahun akibat kanser.
Bintang filem seram Nang Nak, Winai Kraibutr meninggal dunia
Industri perfileman Thailand kehilangan salah seorang pelaku seni hebat mereka apabila aktor Winai Kraibutr dilaporkan meninggal dunia.
Jasad ADUN Kuala Kubu Baharu selamat disemadikan
Jasad ADUN Kuala Kubu Baharu Lee Kee Hiong yang meninggal dunia Khamis lepas selamat disemadikan hari ini.
Keluarga Diraja Britain 'terharu' dengan sokongan selepas umum kanser
Putera dan Puteri Wales dikatakan "sangat tersentuh dan terharu" dengan kemesraan dan sokongan orang ramai berikutan pengumuman kanser, lapor PA Media/dpa.
Charles bangga keberanian Kate dedah rawatan kanser
Charles sangat bangga dengan Kate dan telah terus berhubung rapat dengan menantu kesayangannya itu selama beberapa minggu kebelakangan ini.
Kate Middleton sahkan hidap kanser
Isteri pewaris takhta Putera William itu menyifatkan penemuan kanser itu sebagai "satu kejutan besar".
ADUN Kuala Kubu Baharu Lee Kee Hiong meninggal dunia
Berita kematian ADUN DAP itu disahkan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan pada Khamis.
KKM tambah baik fasiliti bantu pesakit kanser kanak-kanak - Lukanisman
Ia bagi meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak yang sedang menerima rawatan kanser selain memastikan celik pendidikan terhadap penyakit itu.
Raja Charles III terharu terima ribuan kad, titip ucapan dan doa
Istana Buckingham mengeluarkan gambar baginda yang kelihatan terhibur dan terharu membaca nota yang ditulis pada kad-kad ucapan.
Rishi Sunak bertemu Raja Charles III selepas pengumuman kanser
Rishi Sunak, melawat Raja Charles III di Istana Buckingham buat kali pertama sejak baginda disahkan menghidap kanser baru-baru ini.