Ketika kebanyakan petani mengusahakan penanaman tembikai wangi atau 'rock melon' di kebun atau ladang, seorang pengurus kolej swasta di sini, memilih tempat letak kereta aras empat di sebuah plaza, di sini, untuk menanam buah tersebut.
Berbekalkan minat mendalam terhadap bidang pertanian selain menjadikannya sebagai cabang menambah pendapatan, P. Manickavasagam, 60, mengusahakan tanaman itu di Plaza Sri Muda, di sini, sejak 10 tahun lepas menggunakan kaedah hidroponik dan fertigasi.
Menceritakan lanjut, beliau berkata, idea penanaman rock melon di parkir kereta tercetus apabila beliau yang menguruskan Kolej Vis Mechatronic di plaza itu melihat tempat letak kereta yang kosong tidak digunakan.
"Saya memilih aras empat (tingkat paling atas) bangunan Plaza Sri Muda iaitu tempat parkir kereta yang tidak berbumbung di sini sebagai kawasan tanaman rock melon.
"Terdetik nak guna kawasan ini sebab saya menguruskan Kolej Vis Mechatronic di aras tiga, jadi bila tengok tempat parkir ini tidak digunakan, saya memutuskan untuk menyewa kawasan ini bagi mengusahakan rock melon," katanya kepada Bernama di sini.
Beliau berkata berbekalkan pengetahuan penanaman rock melon dan sedikit kemahiran teknologi, tanaman buah itu dapat diusahakan tanpa menggunakan kawasan bertanah bahkan penanaman dan penjagaan rock melon juga disifatkan tidak sukar atau melibatkan kos yang tinggi.
Beliau berkata buah itu sangat mudah ditanam serta senang dijaga dan sehingga kini buah yang ditanamnya bukan sahaja bergred A tetapi juga tidak mudah rosak.
"Dengan menggunakan kaedah hidroponik dan fertigasi, saya tidak perlu menggunakan kawasan bertanah atau gunakan kaedah mencangkul dan sebagainya untuk menanamnya.
"Hanya dengan pengetahuan berkaitan penanaman buah ini yang saya perolehi daripada pegawai Jabatan Pertanian Klang dan kemahiran teknologi yang saya ada, buah ini dapat mengeluarkan hasil yang baik selain penjagaannya juga mudah," kata bapa kepada tiga anak perempuan ini.
Manickavasagam berkata, kawasan letak kereta seluas 30.48 x 60.96 meter (m) itu, boleh menempatkan kira-kira 3,600 batang pokok dan proses penanaman mengambil masa sehingga 75 hari sebelum buah tersebut boleh dipetik.
"Di sini ada 3,200 pokok yang ditanam secara hidroponik manakala 400 pokok lagi (ditanam) secara fertigasi. Kaedah hidroponik ini kita menggunakan 48 batang paip yang mana panjang setiap paip ini 6.09m, manakala fertigasi pula kita tanam di dalam polibeg yang mengandungi sabut kelapa," katanya.
Mengulas lanjut, Manickavasagam berkata dengan kaedah itu beliau dapat mengusahakan tanaman berkenaan dengan mudah serta hanya dibantu seorang pekerja warga Indonesia.
Katanya, beliau turut mengguna pakai sistem automasi iaitu kaedah air dan baja disatukan di dalam tangki air supaya setiap pokok mendapat sumber air dan baja secukupnya.
"Sistem ini saya buat sendiri, saya pasang kotak fius dan tetapkan di dalam komputer waktu air dan baja perlu disalurkan kepada pokok. Saya menggunakan tangki air seberat 600 liter dan dalam tangki ini kita campurkan baja. Setiap dua jam, air akan mengalir menerusi paip yang ditanam dekat pokok-pokok ini dan secara purata kita akan salirkan air enam kali sehari," katanya.
Jelasnya, dengan cara itu beliau dan pekerjanya tidak perlu memantau pokok-pokok pada setiap masa.
Katanya, dengan dua kaedah penanaman itu beliau mampu meraih pendapatan jualan antara RM7,000 hingga RM8,000 dalam satu-satu masa, dan tanaman yang diusahakannya mampu mengeluarkan buah seberat sehingga lebih 1.5 kilogram (kg) dengan setiap 1kg buah gred A akan dijual dengan harga RM4 kepada pemborong.
"Selepas buah itu masak dan boleh dipetik, pemborong akan datang, kita akan beri kepada pemborong buah gred A iaitu yang beratnya lebih 1.5 kg (untuk setiap buah), manakala yang lain kita akan jual kepada pasar raya di sini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 27 2020
Manickavasagam mengguna pakai sistem automasi iaitu kaedah air dan baja disatukan di dalam tangki air supaya setiap pokok mendapat sumber air dan baja secukupnya. - Bernama
Penumpang kecewa penerbangan dibatalkan tanpa notis awal
Beberapa penumpang di Lapangan Terbang Sulawesi, Indonesia merungut penrbangan mereka dibatalkan tanpa notis awal susulan gunung berapi Ruang meletus sejak kelmarin sehingga mengeluarkan abu bahaya ke udara sekali gus membahayakan keselamatan.
Amaran tsunami boleh mencapai 25 meter
Badan Geologi, Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia mengingatkan potensi tinggi gelombang tsunami yang diakibatkan oleh letusan Gunung Ruang di Kabupaten Sitaro, Sulawesi Utara mencapai 25 meter.
Banjir di Selangor menurun kepada 364 orang
Banjir di Melaka dan Negeri Sembilan pulih sepenuhnya setakat 8 malam tadi selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
DXB dijangka beroperasi semula dalam tempoh 24 jam
Terminal 1 dan Terminal 3 telah pun memulakan normalisasi secara beransur-ansur, menyebabkan pergerakan lebih lancar, katanya dalam kenyataan kepada Agensi Berita Emirates (WAM).
Bakal jemaah haji tidak ragu-ragu memilih TH
Berdasarkan reputasi dan kewibawaan menguruskan jemaah haji untuk tempoh yang lama, pasangan suami isteri, Azahar Mahamud dan Rohani Abdul Ghani tidak ragu-ragu memilih TH menguruskan mereka secara muassasah bagi musim haji 1445H/2024M.
UAE masih bergelut selepas ribut
Emiriah Arab Bersatu (UAE) masih bergelut dalam proses pemulihan selepas dilanda ribut yang menyebabkan sebahagian besar aktiviti negara terhenti.
Dua kali tolak tawaran, suami isteri sabar menanti untuk ke Baitullah
Pasangan suami isteri, Azahar Mahamud dan Rohani Abdul Ghani tidak sabar untuk menjadi tetamu Allah di Baitullah bagi musim haji 1445H/2024M, lebih-lebih lagi apabila dua kali menolak tawaran diberikan Lembaga Tabung Haji (TH) sebelum ini.
Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dijangka beroperasi semula dalam tempoh 24 jam
Terminal 1 dan Terminal 3 telah pun memulakan normalisasi secara beransur-ansur, menyebabkan pergerakan lebih lancar.
Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan pada Sabtu
Giliran bagi delegasi Malaysia ke non violence training dijadualkan pada Sabtu waktu tempatan.
Delegasi Malaysia bakal disertai beberapa delegasi antarabangsa lain antaranya dari Kanada, Algeria, Belanda, Jerman, New Zealand dan Scotland.
Delegasi Malaysia bakal disertai beberapa delegasi antarabangsa lain antaranya dari Kanada, Algeria, Belanda, Jerman, New Zealand dan Scotland.
Terhad dan tiada tambah baik bantuan Gaza oleh Israel - PBB
Komitmen Israel untuk meningkatkan akses bantuan di Semenanjung Gaza adalah 'terhad dan kadang-kala tiada'.
Suri rumah guna kapas bantal lama usaha tanaman hidroponik
Penanaman hidroponik itu dimulakan dengan sawi dan pakcoy hanya menggunakan kapas bantal lama, bekas terbuang dan botol plastik.
Pertanian bandar di kaki gunung, tarikan pelancong di Perak
Sebagai permulaan, kaki Gunung Matsoorat yang terletak berdekatan Kampung Kepayang dan Gunung Lang dijadikan sebagai projek perintis.
'Kebun' rock melon di aras empat parkir kereta
P. Manickavasagam mengusahakan tanaman itu di Plaza Sri Muda sejak 10 tahun lepas menggunakan kaedah hidroponik dan fertigasi.