Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Kempen The Golden Ticket cetus kemeriahan di Suria KLCC

Kempen The Golden Ticket cetus kemeriahan di Suria KLCC
Pemenang Golden Ticket bernilai RM5,000 di Suria KLCC.
KUALA LUMPUR: Pandemik COVID-19 bukan sahaja memberikan kejutan kepada landskap kesihatan global malah mengubah norma dan cara hidup masyarakat.

Dalam usaha mendepani situasi ini, setiap pihak perlu berganding bahu dalam membangunkan semula kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

Oleh yang demikian, Suria KLCC menyahut seruan apabila melancarkan kempen terbesarnya tahun ini dengan memberikan ganjaran kepada pembeli melalui kempen The Golden Ticket di Suria KLCC.

Kempen cabutan Golden Ticket menjadi tarikan terbaharu ketika membeli-belah di Suria KLCC.

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, kempen tersebut bertujuan menghargai pelanggan dan memeriahkan suasana berbelanja walaupun ketika pandemik COVID-19 belum reda sepenuhnya.
“Setiap hari kami sentiasa berusaha mencari inspirasi baru bagi memastikan para pelanggan kami menikmati pengalaman hebat apabila mereka berbelanja di Suria KLCC.

"Kami percaya kempen The Golden Ticket ini dapat memberikan perasaan berbeza ketika pelanggan membeli-belah. Kami mahu meneruskan usaha murni dalam memberi semula kepada para pelanggan kami,” katanya dalam satu kenyataan.
 
Pameran eksklusif bagi meraikan pemenang dan memeriahkan suasana.

Bagi menyertai kempen The Golden Ticket ini, para pelanggan hanya perlu berbelanja dengan jumlah minimum, iaitu RM150 ketika mereka membeli-belah di Suria KLCC.
Pembelian tersebut perlulah dilakukan dalam satu atau dua resit dari mana-mana kedai terpilih dan peserta perlu mengesahkan pembelian di kaunter perkhidmatan pelanggan sebelum dibawa ke Centre Court untuk memilih beg bertuah berisi sampul yang mengandungi samada Golden Ticket atau Purple Ticket.

Mereka yang memenangi Golden Ticket bakal mendapat baucar beli belah bernilai RM5,000 manakala mereka yang memperoleh Purple Ticket akan mendapat baucar bernilai RM50.

Kempen tersebut telah pun berlangsung bermula 19 Jun dan akan tamat pada  12 Julai 2020, terhad kepada 100 pelanggan setiap hari.
Antara pemenang bertuah sempena kempen The Golden Ticket dijalankan.
Setiap hari anda berpeluang untuk menang baucar lumayan.
 
Semua orang adalah pemenang apabila berbelanja di Suria KLCC.

Kempen tersebut juga akan meraikan pemenang Golden Ticket dengan bergambar di pameran eksklusif “Wall of Winners” di Centre Court, selain dipaparkan di media sosial rasmi Suria KLCC.

Sementara itu, kemeriahan semakin dirasai apabila dua baucar bernilai RM5,000 akan diberikan kepada pelanggan yang bertuah pada hujung minggu, Sabtu dan Ahad.
 
Pensanitasian dijalankan bagi memastikan kebersihan dan keselamatan mereka yang terlibat

Langkah keselamatan dan kesihatan amalan normal baharu juga diterapkan setiap masa termasuk penyediaan pensanitasi tangan serta pematuhan penjarakan sosial.

Pemeriksaan suhu badan juga dilakukan sebelum pelanggan memasuki mana-mana kedai. Selain itu, kekerapan pembersihan di sekitar terbabit juga dipertingkatkan.

Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kempen ini, boleh terus ke kaunter perkhidmatan pelanggan atau layari www.suriaklcc.com.my.


Tag: membeli-belah, kempen, golden ticket, tiket emas, menang, baucar, Putrajaya, Suria KLCC, Alamanda, Mesra Mall, Kempen, belanja



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.