awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerana 'peti ais bodoh', dua beradik dapat peti ais baharu

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
05/05/2016
08:06 MYT
Kerana 'peti ais bodoh', dua beradik dapat peti ais baharu
Si abang bersungguh-sungguh cuba membaiki peti ais yang dirosakkan si adik. Foto/Youtube
MINGGU lalu, viral sebuah video yang memaparkan gelagat dua beradik yang kecoh apabila pintu peti ais di rumah mereka yang tercabut.
Apa yang mencuit hati netizen adalah kesungguhan mereka yang cuba membaiki pintu peti ais berkenaan, namun dalam masa yang sama, masih sempat 'bercekau' sesama sendiri.
Menerusi video itu, dapat didengar dengan jelas suara seorang wanita yang dipercayai ibu dua beradik berkenaan, memarahi mereka kerana merosakkan peti ais tersebut.
Si abang dilihat cuba membetulkan pintu peti ais yang dirosakkan adiknya, sambil mulutnya membebel memarahi si adik yang asyik menuduh peti ais itu sebagai 'bodoh'.
"Yang hang pi hempas kuat-kuat pasai apa? Dok kata peti ais bodoh, dia yang bodoh,” bebel si abang dalam loghat utara.
Tidak dapat dipastikan sama ada peti ais itu dapat dibaiki.
Namun mungkin sudah rezeki, mereka sekeluarga menerima cenderahati sebuah peti ais baharu selepas menjadi tetamu rancangan Meletop Kebaboom, dua hari lalu.
Dua beradik yang tengah viral gara-gara kerana sebuah peti ais!! Terima kasih datang dari jauh Kedah ke Kuala Lumpur untuk muncul di Meletop Kebaboom!! Sebagai hadiah, Meletop Kebaboom turut memberikan hadiah saguhati sebuah peti ais kepada dua beradik ni! #meletopkebaboom
A photo posted by Official MeleTOP Kebaboom (@officialmeletopkebaboom) on
May 3, 2016 at 8:30am PDT
Mereka juga sempat beramah mesra dan ke udara bersama krew pagi Sinar FM, Sepahtu.
Nampaknya 'kenakalan' mereka yang satu ini menjadi kenangan manis yang akan diingati sepanjang hayat.
Topic Berkaitan
#Facebook
#Meletop Kebaboom
#Peti ais bodoh
#viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan