awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mayat lelaki disyaki mangsa bunuh ditemui dalam sungai
Polis Selangor tumpaskan sindiket penipuan dalam talian
AS berunding dengan Iran "ketika ini” - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Kini Aki sudah tidak sama lagi, ia sudah dirosakkan," luah rakyat Sabah

Shamil Hizamie
Shamil Hizamie
09/06/2015
02:50 MYT
"Kini Aki sudah tidak sama lagi, ia sudah dirosakkan," luah rakyat Sabah
Luahan Farhana Abdul Fatah menyimpulkan perspektif budaya dan spiritual, saintifik dan logik serta sudut agama.
Rakyat Malaysia masih terkesima dengan tragedi gempa bumi berukuran 6 skala Richter yang mengegar Ranau, Sabah pada Jumaat lalu.
Misi mencari dan menyelamat masih giat dijalankan. Bencana alam yang mengorbankan 19 orang itu dikatakan berlaku beberapa hari selepas gunung kebangaan rakyat Sabah ‘dicabuli’ oleh sekumpulan pendaki.
Beberapa keping gambar yang terpampang sekumpulan pendaki dari luar negara yang berbogel dan bergambar di atas Gunung Kinabalu mula tersebar di media sosial.
Rata-rata rakyat Malaysia berang apabila mengetahui kelakuan tidak senonoh itu. Namun luahan hati seorang pensyarah dari University College Sabah Foundation (UCSF) ternyata mencuri perhatian.
Farhana Abdul Fatah yang berbangsa Dusun memuat naik status di laman Facebook peribadinya.
Farhana meluahkan isi hati terhadap perbuatan tidak senonoh itu bersangkutan dengan tragedi yang menimpa negeri Sabah.
Pensyarah FB Ranau11
Pensyarah FB Ranau11
Pensyarah FB Ranau12
Pensyarah FB Ranau12
Menurutnya, meskipun bukan secara langsung, tragedi yang melanda Ranau ini boleh dilihat dari tiga aspek iaitu budaya dan spiritual, saintifik dan logik serta sudut agama.
Keluarga Farhana secara turun temurun menceritakan pelbagai mitos dan kisah mengenai Gunung Kinabalu yang dipanggilnya ‘Aki Nabalu’ yang mana bangsa Dusun adalah penjaga Aki sejak berzaman lamanya.
“Walaupun dalam arus kemodenan, sebahagian daripada kami masih mendukung peranan itu. Memastikan amalan datuk nenek kami berterusan serta memastikan kemurnian Aki terpelihara,” jelas Farhana dalam status terbabit.
Farhana menegaskan tindakan sekumpulan pendaki yang berbogel di atas puncak gunung sebagai satu perbuatan yang biadap selain memperlekehkan kaum Dusun dan penduduk Sabah pada masa yang sama.
“Kini Aki sudah tidak sama lagi, ia sudah ‘dirosakkan’. Walaupun kami sedih, marah dan kecewa tetapi kita tidak patah semangat,” ujanya.
Posting yang dimuat naik pada 5 Jun itu mendapat lebih 11 ribu likes dan dikongsi sebanyak 8 ribu kali. Pelbagai reaksi positif diterima daripada rakyat Malaysia yang rata-ratanya bersetuju dengan luahan peribadi Farhana.
FB1
FB1
Pensyarah FB Ranau2
Pensyarah FB Ranau2
Pensyarah FB Ranau3
Pensyarah FB Ranau3
Pensyarah FB Ranau4
Pensyarah FB Ranau4
Pensyarah FB Ranau5
Pensyarah FB Ranau5
Pensyarah FB Ranau6
Pensyarah FB Ranau6
Pensyarah FB Ranau7
Pensyarah FB Ranau7
Pensyarah FB Ranau8
Pensyarah FB Ranau8
Pensyarah FB Ranau9
Pensyarah FB Ranau9
Pensyarah FB Ranau10
Pensyarah FB Ranau10
BACA: Pelancong telanjang di Gunung Kinabalu terus bangkitkan kemarahan rakyat Malaysia BACA: 8 perkara diingati yang berlaku sebelum, selepas gempa bumi Ranau BACA: Lelaki ditangkap polis kerana persenda rakyat Sabah dalam isu gempa
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Gunung Kinabalu
#malim gunung
#Ranau
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan