Bermula hari ini, pada setiap Ahad minggu pertama dan ketiga, orang ramai dibenarkan membawa bersama basikal bersaiz penuh ke dalam tren semasa menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya, Ampang dan Sri Petaling.
Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Datuk Zohari Sulaiman berkata orang ramai dibenarkan membawa basikal itu bermula 6 pagi hingga 10 pagi sebagai menyokong program 'KL Car Free Morning'.
Sebelum ini, orang ramai hanya dibenarkan membawa basikal lipat ke dalam tren-tren LRT, monorel, dan MRT di luar waktu puncak, pada hari Isnin hingga Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti am.
"Langkah ini akan memudahkan peserta 'KL Car Free Morning'. Sekarang mereka tidak perlu membawa kereta ke dalam bandar bagi memelihara alam sekitar dan mengurangkan penghasilan karbon di udara," katanya pada sidang media selepas pelancaran 'Bike and Ride' di sini hari ini.
Beliau berkata kajian yang dibuat melalui laman Twitter MyRapidKL menunjukkan 80 peratus maklum balas bersetuju dan menyokong langkah membenarkan basikal berukuran penuh itu menaiki LRT manakala 20 peratus lagi berkecuali.
"Sekiranya peringkat percubaan ini berjaya dan pengguna mematuhi segala syarat yang ditetapkan, kami akan mempertimbangkan untuk panjangkan program ini kepada hari lain dan tempoh waktu yang panjang sebelum ia turut dilaksanakan dalam perkhidmatan lain," katanya.
Zohari berkata beberapa siri 'riding simulation' dengan kerjasama Prasarana Cycling Club dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat telah diadakan bagi memastikan keselamatan penumpang dan operasi tren adalah terjamin.
"Mereka perlu memastikan langkah membawa basikal itu tidak memberikan sebarang risiko bahaya atau ketidakselesaan kepada para penumpang lain, pastikan basikal bersih dan ia dibawa dengan selamat tanpa merosakkan aset Rapid KL," katanya.
Zohari berkata inisiatif itu dilihat mampu meluaskan segmen sasaran dengan menarik golongan penggiat basikal, sekali gus meningkatkan bilangan penumpang selaras dengan hasrat kerajaan untuk mencapai modal saham 40 peratus menjelang 2030.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 06 2017
Orang ramai dibenarkan membawa basikal itu bermula 6 pagi hingga 10 pagi sebagai menyokong program 'KL Car Free Morning'.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Malaysia rangkul perak pecut berpasukan lelaki, wanita
Skuad negara merangkul perak acara pecut berpasukan lelaki dan wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 di New Delhi.
Anggota bomba, pengawal keselamatan maut nahas jalan raya
Kemalangan itu melibatkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang anggota bomba terbabit dan basikal.
LTdL 2023: Skuad kebangsaan intai jersi putih
Skuad berbasikal kebangsaan menyasarkan untuk menyambar jersi putih (pelumba terbaik Asia) pada perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, bermula Sabtu ini.
China ada 200 juta basikal untuk kegunaan setiap hari - Persatuan basikal
Penduduk bandar Cina menunggang basikal atau kenderaan dua roda berkuasa elektrik sekitar 30 daripada 100 kali perjalanan mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut dilanggar MPV
Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa yang menaiki basikal dipercayai secara tiba-tiba melintas dari kiri ke kanan jalan.
Sukan SEA: Malaysia pertahan emas berbasikal lebuh raya
Pelumba negara Nur Amirull Fakhruddin Mazuki meneruskan rentak cemerlang apabila merangkul pingat emas acara lepas beramai-ramai elit lelaki pada Sukan SEA 2023.
Basikal buluh buatan Sarawak akan masuk pasaran China tahun ini
Basikal buluh akan dibuat menggunakan buluh tempatan dikenali sebagai 'Bambusa Nana' yang kukuh.
35,000 naskhah novel terjual, bekas arkitek raih jualan cecah RM2.5 juta
Ia bermula apabila beliau dan isteri mahu membawa ibu bapa mereka ke Mekah untuk menunaikan umrah pada Disember 2019.
Piala Dunia 2022: Kembara 5,500km dengan basikal untuk bola sepak
Pablo Garcia dan Fernando Boca tiba di Qatar dengan menaiki basikal dari Itali menempuh perjalanan 5,500 kilometer.
Guru hadiahkan basikal kepada murid cemerlang
Mohammed Abdulwahab akan menawarkan hadiah kepada murid-murid cemerlang dalam gred pertama dan ketiga.