awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kisah budak 3 tahun jaga ibu sedang sakit dapat perhatian

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
16/10/2015
07:34 MYT
Kisah budak 3 tahun jaga ibu sedang sakit dapat perhatian
Usia bukan penghalang untuk Qianqian berbakti kepada ibunya. - Sumber Foto: Youtube DW News
Walaupun usianya baru menjangkau tiga tahun, namun ia bukan menjadi penghalang untuk si kecil di China ini berbakti kepada ibunya.
Qianqian terpaksa memikul tanggungjawab menjaga ibunya yang sedang sakit, walaupun pada hakikatnya dia sendiri masih memerlukan jagaan orang dewasa.
Kisah Qianqian mendapat liputan meluas media di seluruh dunia selepas Henan TV melaporkan bagaimana dia menjaga ibunya selepas terbabit dalam satu kemalangan September lalu.
Pemandu yang menyebabkan kemalangan itu masih diburu polis.
Ibu Qianqian, Wang Huixian mengalami patah tulang manakala nenek dan datuk kanak-kanak itu maut dalam kemalangan itu.
Bekas suami Wang pula tidak dapat dikesan selepas mereka bercerai beberapa tahun lalu.
Sejak itu, Wang hanya mampu terlantar di atas katil hospital dan semua keperluannya diuruskan anak tunggalnya itu.
Dalam video yang tersebar di laman sosial itu, Qianqian dilihat melakukan tugasan yang biasa dilakukan orang dewasa, seperti menyuapkan makanan dan minuman kepada ibunya, selain membantu membuang najis dan membersihkan ibunya.
Sebuah tabung ditubuhkan oleh seorang pengunjung hospital untuk membantu dua beranak ini melunaskan bil hospital. Setakat ini, ia sudah berjaya mengumpul 6,000 Yuan (RM3,960).
Sumber video: Laman Youtube DW News
Topic Berkaitan
#China
#kekeluargaan
#kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan