awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KL Kopites pamer 1,278 jersi Liverpool untuk catat rekod MBR

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
11/04/2018
09:55 MYT
KL Kopites pamer 1,278 jersi Liverpool untuk catat rekod MBR
Wakil Malaysia Book of Records dan KL Kopites menunjukkan salah satu jersi yang dipamerkan di IM4U Sentral siang tadi. - Foto Astro AWANI.
Kelab penyokong rasmi Liverpool Lembah Klang, KL Kopites (KLK) berjaya mencatat rekod Malaysia Book of Records (MBR) bagi jersi paling banyak dipamerkan untuk sebuah pasukan hari ini.
1,278 jersi Liverpool bermula dari era 60-an sehingga musim ini dipamerkan di IM4U Sentral Puchong, dikumpul daripada kalangan penyokong tegar kelab the Reds di Malaysia.
Timbalan Pengurus Besar, Malaysia Book of Records Mohd Alex Edward melakukan penilaian dan juga menyampaikan sijil pengiktirafan MBR kepada Presiden KLK, Shashi Nair.
Presiden KL Kopites, Sashi Nair menunjukkan sijil Malaysia Book of Records yang diperoleh siang tadi.
Presiden KL Kopites, Sashi Nair menunjukkan sijil Malaysia Book of Records yang diperoleh siang tadi.
Menurut Shashi, insiatif ini adalah hasil gabungan penyokong Liverpool di Malaysia, yang bersatu tenaga untuk mencatat rekod ini.
“Acara ini dianjur kelab penyokong Liverpool di Lembah Klang, yang dikenali sebagai KL Kopites. Lebih kurang 20 orang merancang sejak 2 bulan yang lalu. 2 minggu lalu kami capai sasaran lebih seribu jersi dan hanya beberapa hari lalu kami dapat kumpul hampir 1,280 helai,” kata Sashi.
Salah seorang ahli KL Kopites berswafoto berlatarbelakangkan jersi-jersi Liverpool yang dikumpul penyokong-penyokong di Malaysia.
Salah seorang ahli KL Kopites berswafoto berlatarbelakangkan jersi-jersi Liverpool yang dikumpul penyokong-penyokong di Malaysia.
Turut hadir pada acara ini, legenda bola sepak, Datuk Santokh Singh dan Ketua Pemuda MIC, Datuk Sivarraajh Chandran, yang juga merupakan seorang penyokong tegar Liverpool.
“Ini adalah satu usaha yang baik KL Kopites untuk mempromosi Liverpool dan juga cuba memecah rekod Malaysia Book of Records. Ia juga satu aktiviti yang baik untuk orang muda mengisi masa lapang.’ kata Sivarraajh.
KLK mempunyai lebih kurang seribu ahli berdaftar dengan lebih daripada 600 ahli yang aktif sejak ia ditubuhkan enam tahun lalu.
Topic Berkaitan
#KL Kopites
#Liverpool
#Malaysia Book of Records
#MBR
#Mohd Alex Edward
#Shashi Nair
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan