Tutup

Koyakkan pasport, anjing selamatkan tuan batal perjalanan ke Wuhan

Koyakkan pasport, anjing selamatkan tuan batal perjalanan ke Wuhan
Kimi dikatakan telah mengoyakkan pasport pemiliknya, seorang wanita yang berasal dari Taiwan.
PERCAYA atau tidak, seekor anjing peliharaan telah menyelamatkan pemiliknya daripada berkunjung ke bandar Wuhan yang merupakan pusat tercetusnya wabak novel koronavirus (2019 n-CoV).

Pastinya tertimbul persoalan, bagaimana anjing perliharaan yang diberikan nama Kimi itu berbuat demikian?

Kimi dikatakan telah mengoyakkan pasport pemiliknya, seorang wanita yang berasal dari Taiwan. 

Pada awalnya, wanita tersebut berasa sungguh marah kerana anjingnya bertindak menggigit dan mengoyakkan pasportnya sehingga menyebabkannya terpaksa membatalkan hasratnya melawat bandar di Hubei itu.
Beliau meluahkan perasannya menerusi satu entri di laman Facebook pada 13 Januari lalu.



Ia sebelum menularnya berita mengenai wabak koronovirus itu.

Beberapa hari kemudian, wanita tersebut berasa bersyukur dengan perbuatan Kimi.

Beliau juga terkejut dengan berita penyebaran wabak koronavirus yang sehingga kini telah meragut lebih 800 nyawa.

 

“Masihkah anda ingat akan pasport saya? Anjing saya telah melindungi saya.

“Selepas mengoyakkan pasport saya, virus tersebut telah merebak ke tempat yang saya ingin pergi.

“Apabila saya fikir kembali, saya berasa sungguh terharu, Nasib baik anjing saya membatalkan kunjungan saya ke situ, katanya menerusi satu muat naik di Facebook.

Pastinya wanita tersebut berasa terhutang nyawa dengan anjing kesayangannya itu.



Setakat Ahad, angka korban akibat koronavirus kini meningkat kepada 814, mengatasi angka kematian akibat Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) 18 tahun lalu.

Wilayah Hubei sahaja mencatat penambahan bilangan kematian sebanyak 89 orang.


Tag: anjing peliharaan, Kimi, Wuhan, novel koronavirus, koyak pasport, SARS, Sindrom Pernafasan Akut Teruk



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.