LIFESTYLE
Kucing berwajah 'samseng' curi tumpuan netizen di laman sosial

Pompous Albert mencuri perhatian di media sosial kerana wajahnya yang garang dan seakan 'samseng'. -foto Instagram/@pompous.albert
Baru-baru ini, seekor kucing yang diberi nama Pompous Albert mencuri perhatian netizen di media sosial.
Mempunyai wajah yang 'bengis' dan seakan 'marah' ekoran renungannya yang tajam, kucing berkenaan bualan ramai sama seperti selebriti terkenal di alam maya.
Popularitinya bermula apabila orang ramai menggunakan wajah kucing tersebut sebagai bahan jenaka atau meme di laman sosial.
Mempunyai lebih dari 225,000 pengikut di Instagram, Pompous Albert dibela oleh Mike dan Singleton sebagai peneman di pejabat perniagaannya di Salt Lake City, Utah.
Kucing tersebut mempunyai bulu berwarna kelabu dan kelihatan kasar membuatkannya tampak lebih marah.
Apa yang lebih kelakar, setiap gambarnya di Instagram mempunyai kapsyen humor dan sarkastik sesuai dengan raut wajahnya antaranya:
"Tips pejabat Albert: Ini adalah wajah yang anda akan berikan apabila boss anda meminta anda bekerja pada hujung minggu.”
Kucing yang berumur 10 tahun dari baka Selkirk Rex ini juga pernah menghiasi iklan syarikat automobil Honda dan dikatakan sebagai pencabar kepada kucing Grumpy cat.
Malah, haiwan itu juga mengeluarkan produknya seperti sarung kaki dengan kapsyen “Are you kitten me?”, rantai kekunci, T-shirt, botol air dan cawan yang memaparkan mukanya dengan lagak 'samseng'.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami